GADGETS
Amazon umum pengurangan 16,000 pekerja dalam fasa penyusunan semula terbaharu
Langkah tersebut bertujuan mengukuhkan organisasi dengan mengurangkan lapisan dan birokrasi selepas beberapa bahagian syarikat selesai menjalankan semakan struktur sejak Oktober lalu. -Gambar fail/Reuters
GERGASI teknologi Amazon mengumumkan pengurangan kira‑kira 16,000 pekerja dalam langkah penyusunan semula terbaharu, sebagaimana dimaklumkan menerusi satu emel dalaman kepada kakitangan pada Rabu.
Naib Presiden Kanan Amazon, Beth Galetti, berkata langkah tersebut bertujuan mengukuhkan organisasi dengan mengurangkan lapisan dan birokrasi selepas beberapa bahagian syarikat selesai menjalankan semakan struktur sejak Oktober lalu.
Menurut Galetti, pengurangan ini membabitkan semua perjawatan di seluruh Amazon, dengan syarikat kini memberi tumpuan kepada sokongan pekerja yang terjejas.
Antara sokongan termasuk tempoh sehingga 90 hari bagi pekerja di Amerika Syarikat untuk mencari jawatan baharu, selain pampasan pemberhentian, bantuan penempatan pekerjaan serta manfaat insurans kesihatan, bergantung keperluan negara masing‑masing.
Pengumuman ini menyusul siri pengurangan tenaga kerja terdahulu, termasuk pemecatan 14,000 pekerja pada Oktober lalu, yang disifatkan sebagai sebahagian usaha meningkatkan kecekapan operasi jangka panjang.
Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Andy Jassy, sebelum ini menegaskan pentingnya mengurangkan birokrasi dan mempercepat proses membuat keputusan ketika syarikat bersaing dalam landskap kecerdasan buatan (AI) global yang pantas berubah.
Galetti turut menegaskan bahawa Amazon tidak bercadang menjadikan pemberhentian besar‑besaran sebagai proses berkala.
Namun, setiap pasukan akan terus menilai aspek struktur, inovasi dan keupayaan operasi masing‑masing bagi memastikan syarikat kekal kompetitif dalam persekitaran industri yang semakin mencabar.
Amazon turut melaksanakan penyusunan semula di beberapa unit perniagaan lain termasuk bahagian runcit dan kedai fizikal, mencerminkan fasa peralihan besar dalam strategi syarikat tersebut.