Kerajaan Malaysia tidak boleh melengah-lengahkan lagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dan ianya boleh dilakukan di dalam beberapa hari sahaja sekiranya kerajaan benar-benar ingin menangani kes-kes kematian di lokap yang terus berlaku di Malaysia Baharu.
"IPCMC harus menjadi hadiah kepada rakyat Malaysia pada Hari Malaysia ini, menunjukkan kerajaan berpegang kepada janji ianya komited kepada hak asasi manusia," kata bekas Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) Datuk Ambiga Sreenevasen.
Ambiga turut menyeru Kerajaan Pakatan Harapan supaya mempertanggungjawabkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan penubuhan IPCCM kerana draf penubuhan sudah dibutirkan secara terperinci oleh agensi tersebut.
"IRC ada menyebut berkenaan kes kematian di dalam lokap di dalam laporan kami dan orang ramai harus meminta laporan IRC dibentangkan kepada umum," kata Ambiga.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran laporan "5 Wajah: Kisah Kematian di dalam Penahanan Polis di Malaysia", anjuran Lawyers for Liberty (LFL).
Laporan tersebut memperincikan lima dari kes kematian di dalam lokap yang paling teruk di Malaysia baru-baru ini.
Kes-kes di dalam laporan tersebut adalah kes Kugan Ananthan, 22 tahun pada 2009; Sugumar Chelladury, 39 tahun pada 2013; Karuna Nithi Palani Velu, 42 tahun pada 2013; Dharmendran Narayanasamy, 31 tahun pada 2013 dan Balamurugan Suppiah, 44 tahun pada 2017.
"Di dalam kesemua kes tersebut, kami mendapati ahli-ahli patologi dan koroner yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat si mangsa bersubahat dengan pihak polis bagi menyembunyikan sebab sebenar kematian mangsa di dalam lokap polis," kata peguam N Surendran dari LFL.
Tambah Surendran, meskipun badan mangsa menunjukkan kesan lebam dari pukulan, laporan bedah siasat menyatakan mangsa-mengsa meninggal akibat penyakit dan sebagainya.
"Media massa juga selama ini tidak mengambil berat kes kematian di dalam lokap dan institusi seperti parlimen dan Jabatan Peguam Negara (AGC) juga tidak langsung membantu, malah ada polis yang terlibat hanya dipenjarakan selama tiga tahun kerana membunuh," kata Surendran.
Peguam Eric Paulsen pula mempersoal ketiadaan keadilan di dalam kes-kes kematian di dalam lokap meskipun ada bukti CCTV yang kukuh yang menunjukkan mangsa didera dan tidak bermaya berserta dengan mesej-mesej Whatsapp yang bersifat melampau oleh pegawai polis.
"Di dalam kes Karuna Nithi, terdapat 49 kecederaan, termasuk rahang patah, namun ahli patologi menyatakan mangsa mati kerana kerosakan hati minimum. Kesan lebam di dada dikatakan berpunca dari hentakan dari cubaan CPR (pemulihan denyutan jantung). Ada bukti dari CCTV tidak ada CPR dilakukan.
"Di dalam kes Balamurugan, mesej whatsapp dari pegawai polis jelas menunjukkan pegawai polis tidak mengendahkan arahan majistret membawa mangsa ke hospital, tetapi arahan dari pegawai polis tinggi untuk "mengenakannya".
"Mesej daripada pegawai polis adalah : "Keling ini macam mana? Kasi dia Carlsberg, confirm dia ok." Mesej yang begitu berbaur perkauman," kata Paulsen.
Paulsen menyatakan setiap kes kematian di dalam lokap harus dianggap serius dan lebih teruk lagi adalah kes kematian mangsa tidak berdokumen di dalam pusat penahanan imigresen.
"Ini adalah kerana mereka yang mati di dalam pusat penahanan ini adalah mereka yang tidak berdokumen dan pihak keluarga tidak dapat tampil ke depan kerana mereka juga tidak berdokumen. Ahli patologi juga bersubahat dalam memberikan sebab sebenar kematian di dalam pusat penahanan," kata Paulsen.
LFL dan Ambiga berkata mereka ingin berjumpa dengan pihak polis dan pihak kerajaan, khasnya Menteri Kesihatan, Menteri Dalam Negeri dan Peguam Negara bagi memastikan pihak polis tidak lagi menyebabkan kematian di dalam lokap.
Zakiah Koya
Fri Sep 14 2018

Laporan tersebut memperincikan lima dari kes kematian di dalam lokap yang paling teruk di Malaysia baru-baru ini.

Perlombongan Emas | Pahang pertimbang perkenalkan Skim Pelombong Kecil
Kerajaan negeri Pahang mempertimbangkan cadangan laksana Skim Pelombong Kecil (SPK) yang diselaraskan Pahang Mining Corporation Sdn Bhd (PMC). Ia bagi membantu penduduk terutamanya di Kuala Lipis, untuk melakukan aktiviti perlombongan emas secara sah.

Parlimen | Pastikan semak dan imbang dalam Dewan Rakyat
Ahli Parlimen, baik dari kerajaan, pembangkang, mahupun bebas, harus fokus sepenuhnya kepada perbincangan dan pendebatan berkaitan COVID-19 ketika Dewan Rakyat kembali bersidang. Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau khuatir ada pihak tertentu yang begitu mengharapkan sidang dibuka, tetapi bukan untuk semak dan imbang, sebaliknya menjadi ‘semak dan samun’.

COVID-19 | Norma baharu diteruskan walaupun sudah divaksin
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun sudah menerima vaksin. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara ini penting bagi mengelak jangkitan baharu.

Tindakan segera warden berjaya halang penularan COVID-19 di asrama sekolah
Tindakan seorang warden asrama mengasingkan pelajar-pelajar bergejala, berjaya menghalang berlakunya penularan COVID-19, apabila mereka akhirnya disahkan positif.

Kenyataan bersama PH | Polis ambil keterangan Anwar Ibrahim
Polis merakam keterangan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung siasatan terhadap kenyataan bersama yang dikeluarkan Majlis Presiden Pakatan Harapan, pada bulan lalu.

Rempuh Kenderaan | Pemandu rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tambakan, berjaya diberkas.

10 Berita Pilihan - (26 Februari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

KDN perkukuh kerjasama dengan KKMM cegah penularan berita palsu vaksin
Kerjasama itu adalah dalam menangani isu penyebaran berita palsu terutama berkaitan vaksin COVID-19.
![[INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021) [INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892725/8967789641614354503426_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik kecenderungan perniagaan (suku pertama 2021)

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ambiga: Kematian di dalam lokap masih berlaku, tubuhkan IPCMC sekarang
Kerajaan Malaysia tidak boleh melengah-lengahkan lagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).