Ambil alih empat lebuh raya Lembah Klang diteruskan, perincian menyusul - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 11, 2019 13:51 MYT
Tun Dr Mahathir berkata perincian mekanisme berkenaan pengambil alihan empat lebuhraya di Lembah Klang itu akan diteliti kemudian. - Foto BERNAMA
Pengambilalihan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dan Terowong SMART masih dalam perincian kerajaan.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perincian mekanisme terhadap pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang itu akan diteliti kemudian.
“Ia akan dibincang kemudian. Kita telah kenal pasti perkara yang akan diteliti termasuk antara bandar dan luar bandar, tapi perinciannya akan dinyatakan kemudian.
“(Mekanisme ambil alih) empat lebuh raya itu masih perlu diperincikan, tapi ia tetap akan diswastakan,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Jumaat.
Ditanya berkenaan Belanjawan 2020 yang diperuntukkan Sabah dan Sarawak, Dr Mahathir berkata peruntukan besar diberikan kepada dua negeri itu.
“Ya, (peruntukan) besar. Kita (kerajaan) tambah banyak dan jika dibandingkan dengan sabah dan sarawak, jika dijumlahkan peruntukannya lebih besar daripada Semenanjung Malaysia,” katanya.
#ambil alih lebuh raya #KESAS #LDP #lebuh raya #Mahathir Mohamad #SMART #SPRINT