NATIONAL
'Ambil jika perlu, sumbang sekadar mampu', ini senarai Gobok Makanan di KL, Putrajaya, Labuan
Selain kempen kibarkan bendera putih, satu lagi inisiatif murni yang digerakkan oleh pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan adalah dengan mewujudkan Gobok Makanan atau Food Bank. - Gambar Twitter/Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
KUALA LUMPUR: Langkah melaksanakan sesuatu perintah kawalan pergerakan (PKP) sememangnya wajar dalam usaha melandaikan lengkung COVID-19, namun persoalannya apakah ia membawa maksud yang sama kepada setiap individu?
Ketika ada sesetengah individu yang duduk di hadapan peranti bernilai ribuan ringgit, bekerja dari rumah sambil minum kopi, kita tidak boleh lupa, di satu sudut lain terdapat insan-insan yang bergantung kepada gaji harian, terpaksa bertarung mencari sesuap nasi buat anak-anak mereka.
Ada juga dalam kalangan mereka terpaksa melalui kepayahan demi kelangsungan hidup sekeluarga saban hari.
Bagi mereka, yang mengancam bukanlah COVID-19, tetapi memikirkan cara mengisi 'perut kosong' keluarga.
Tiada cara lain melainkan mencari titik tengah kepada situasi genting antara COVID-19 dan keperitan hidup.
Selain kempen kibarkan bendera putih, satu lagi inisiatif murni yang digerakkan oleh pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan adalah dengan mewujudkan Gobok Makanan atau Food Bank.
Dalam perkongsian terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memuat naik beberapa lokasi Gerobok Rezeki (barang asas dapur) dan Dapur It'am (makanan tengah hari) di Wilayah Persekutuan bagi meringankan beban insan yang memerlukan.
"Ambil jika perlu, sumbang sekadar mampu," katanya di sini, pada Selasa.
Menurutnya, di Wilayah Persekutuan sendiri, pembayar zakat menyumbangkan lebih RM4 juta untuk Gobok Makanan sejak Januari tahun ini.
Pada 28 Jun lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak RM300,000 menerusi Pakej PEMULIH kepada semua Ahli Parlimen untuk melaksanakan Bantuan Bakul Makanan.
Jelas beliau, ia bagi memberi lebih banyak bantuan dihulurkan kepada golongan terjejas menerusi wakil rakyat di kawasan masing-masing.
BACA: PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
Turut diumumkan peruntukan tambahan RM10 juta bagi tujuan Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli.