awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil kira cara tembusi pasaran Indonesia - Pakar ekonomi

Faida Rahim
Faida Rahim
14/07/2023
15:48 MYT
Ambil kira cara tembusi pasaran Indonesia - Pakar ekonomi
Perubahan ekonomi terutama pergerakan syarikat keluar dari China boleh dimanfaatkan oleh Malaysia. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dasar pembangunan usahawan tempatan perlu mengambil kira cara kerjasama dalam usaha menembusi pasaran ekonomi rantau Asia terutama Indonesia.
Pakar Ekonomi Nungsari Ahmad Radhi memberitahu, kerana itu Republik Indonesia bakal menjadi antara lima ekonomi terbesar menjelang tahun 2050.
"Itu satu hakikat, mereka ada lebih 300 juta orang penduduk, ekonomi mereka dekat tiga kali ganda berbanding ekonomi kita walaupun purata pendapatan rendah dan sebagainya.
"Kita kena berfikir bagaimana untuk guna segala instrumen diplomasi, instrumen perjanjian perdagangan, kastam dan pergerakan barangan dan sebagainya untuk membolehkan syarikat PKS kita menembusi atau bekerjasama dengan syarikat Indonesia," katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Jumaat.
Tambahnya, perubahan ekonomi terutama pergerakan syarikat keluar dari China boleh dimanfaatkan oleh Malaysia.
Jelasnya, ia disebabkan negara memiliki asas besar memandangkan negara memiliki pengalaman lebih hampir 40 tahun dalam industri pembuatan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
"Kita boleh bina di atas itu. Kita sudah cakap benda ini selama 30 sehingga 40 tahun lepas, kita persoal punca apa benda ini tidak jadi dan kenal pasti sebabnya serta atasi perkara itu untuk membolehkan kita menjana pertumbuhan.
"Kita tak akan keluar daripada krisis ini secara ketara kalau tidak boleh menjana firma baru yang boleh berdaya saing dalam pasaran di Asia," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#PKS
#kastam
#menjana pertumbuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan