KUALA LUMPUR: "Saya ambil syabu untuk tambah tenaga semasa belajar di Tingkatan Tiga tetapi tidak sedar akhirnya terjebak jadi penagih dadah".
Demikian pengakuan seorang penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Ammar menceritakan mula mengambil dadah jenis syabu sejak berusia 15 tahun.
Pemuda usia 25 tahun yang berasal dari Melaka itu berkata, dia mula mencuba mengambil dadah itu ketika berada di asrama penuh demi mencapai cita-cita memperoleh keputusan cemerlang 8A pada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).
Bapa kepada dua anak itu berkata, dadah jenis syabu dipercayai dapat membantu menambah tenaga dan mampu bertahan lebih lama untuk mengulang kaji pelajaran.
"Ketika itu, saya memperoleh nombor sumber bekalan dadah syabu daripada abang senior di sekolah.
"Saya mengambil syabu kononnya untuk 'stay up' lebih lama semasa mengulang kaji pelajaran, tetapi akhirnya berlanjutan sehingga bekerja di sebuah farmasi," katanya.
Ammar berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Program Retreat Media Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2023 di Sungai Besi, dekat sini.
Dia berkata, walaupun sudah berumah tangga, namun dia masih mengambil barang larangan itu menyebabkan isteri menasihatinya untuk mendapatkan rawatan pemulihan.
"Cadangan itu pada permulaannya berat untuk diterima, namun akhirnya saya mengalah demi cinta kepada isteri, anak-anak dan keluarga.
"Ini satu pengorbanan besar demi keluarga dan insan tersayang," katanya.
Ammar yang secara sukarela mendaftar memasuki Puspen tidak menyangka kini sudah mampu berubah setelah 10 bulan berada di pusat pemulihan itu.
"Saya mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ini dan tidak menyangka saya kini boleh berubah.
"Ingatkan hanya perlu menjalani program detokfikasi bagi membuang ketagihan dadah, rupanya pelbagai aktiviti bermanfaat dilakukan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).
"Sejujurnya, di sini sebenarnya banyak membantu saya untuk berubah dan menjadi insan lebih baik, seterusnya menjalani kehidupan normal," ujarnya.
Ammar berkata, kehidupan bersama rakan-rakan di Puspen seumpama adik-beradik, selain pegawai petugas yang sangat membantu.
Jelasnya, keputusan memilih memasuki Puspen adalah satu tindakan tepat menjadi insan berguna. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 22 2023
Walaupun sudah berumah tangga, namun dia masih mengambil barang larangan itu menyebabkan isteri menasihatinya untuk mendapatkan rawatan pemulihan. - Foto Sinar Harian
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.