awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil vaksin COVID-19 tanggungjawab hidup bermasyarakat - Ahmad Marzuk

Bernama
Bernama
03/10/2021
20:51 MYT
Ambil vaksin COVID-19 tanggungjawab hidup bermasyarakat - Ahmad Marzuk
Ahmad Marzuk berkata beberapa gerakan antivaksin telah mempengaruhi sebahagian besar masyarakat khususnya di luar bandar. - Gambar fail
KOTA BHARU: Pengambilan suntikan vaksin COVID-19 merupakan tanggungjawab hidup bermasyarakat dalam kehidupan bersosial memandangkan majoriti rakyat di negara ini telah divaksinasi, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Beliau berkata suntikan vaksin bukan sahaja untuk mencapai imuniti kelompok tetapi juga bagi mengurangkan mereka yang dijangkiti terdedah dengan risiko kematian.
"Apa yang dilakukan kerajaan amat positif walaupun (masih) ada kemungkinan akan dijangkiti COVID-19 (selepas) menerima suntikan vaksin tetapi tidak membawa kepada kematian atau (keadaan yang) serius," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Pengkalan Chepa pada Ahad.
Ahmad Marzuk berkata di peringkat Jabatan Agama, Muzakarah Fatwa Kebangsaan juga telah menilai bahawa vaksin yang diberikan kepada rakyat adalah selamat dan halal.
Beliau berkata beberapa gerakan antivaksin telah mempengaruhi sebahagian besar masyarakat khususnya di luar bandar yang mempercayai maklumat disebarkan antaranya melalui aplikasi WhatsApp.
"Untuk menggalakkan individu yang tidak mahu mengambil vaksin COVID-19, kerajaan perlu meneruskan kempen termasuk memberi penjelasan berfakta dan kajian yang benar mengenai vaksin," katanya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa takut dengan vaksin, agenda Yahudi, vaksin berbahaya dan mengalami masalah kesihatan telah menyebabkan lebih 27,000 individu dewasa di Kelantan enggan menerima vaksin COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin pula berkata daripada jumlah itu, lebih 9,000 individu mengisytiharkan bahawa mereka langsung tidak mahu divaksin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksinasi
#agenda yahudi
#Halal
#Ahmad Marzuk
#antivaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan