awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambulans bawa pesakit COVID-19 terbalik kemalangan dengan lori

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/04/2021
11:42 MYT
Ambulans bawa pesakit COVID-19 terbalik kemalangan dengan lori
Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit COVID-19 terbalik selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori. - Foto ihsan bomba
ALOR SETAR: Sebuah ambulans yang sedang membawa pesakit COVID-19 terbalik selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 52.6 Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran Tol Alor Setar Selatan, di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.20 petang pada Jumaat.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja telah dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, didapati lori yang dipandu lelaki berusia 59 tahun bersama kelindannya berusia 56 tahun itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah ambulans.
"Ambulans itu membawa seorang pesakit COVID-19, seorang pegawai perubatan dan pemandu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, pesakit COVID-19 itu kemudian diasingkan ke lokasi selamat oleh pembantu perubatan.
Beliau berkata, kelindan lori itu mengalami kecederaan parah akibat tercampak keluar dari lori yang dinaiki.
"Mangsa kemudian menerima rawatan awal oleh seorang doktor yang ketika itu berada di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba tidak lama kemudian.
"Tindakan (pihak) BBP Jalan Raja membantu mengawal keadaan sebelum ketibaan pihak KKM namun tiada mangsa dilaporkan tersepit dalam kejadian itu," katanya.
Ini merupakan kejadian kedua kemalangan melibatkan ambulans membawa pesakit COVID-19 selepas kejadian sebelum ini berlaku pada 9 April lalu di mana sebuah ambulans terbalik dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Exora di lampu isyarat Plaza Tol Utara, Jalan Langgar.
Topic Berkaitan
#Ambulans
#terbalik
#kemalangan
#pesakit COVID-19
#Tol Alor Setar Selatan
#JBPM Kedah
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan