GADGETS

AMD sahkan Steam Machine akan mula dihantar awal tahun ini

Amanz 05/02/2026 | 04:30 MYT
Model terbaharu ini akan dipacu oleh pemproses AMD Zen 4 bersama grafik RDNA 3, menawarkan prestasi setara PC permainan moden dalam faktor bentuk lebih kecil. -Foto Amanz
AMD mengesahkan bahawa Valve kini berada pada landasan untuk memulakan penghantaran Steam Machine berkuasa AMD pada awal tahun ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lisa Su.


Ringkasan AI
  • Valve akan memulakan penghantaran Steam Machine berkuasa AMD pada awal tahun ini, dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutif AMD, Lisa Su.
  • Steam Machine, konsol permainan komputer Valve, akan dilengkapi dengan pemproses AMD Zen 4 dan grafik RDNA 3, menawarkan prestasi setara PC permainan moden dalam faktor bentuk lebih kecil.
  • Valve masih mengekalkan kerahsiaan berhubung harga dan tarikh jualan rasmi Steam Machine disebabkan kekangan pasaran komponen seperti memori dan storan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Steam Machine ialah konsol permainan komputer keluaran Valve yang dibangunkan sebagai PC gaming kompak menggunakan sistem operasi SteamOS.

Model terbaharu ini akan dipacu oleh pemproses AMD Zen 4 bersama grafik RDNA 3, menawarkan prestasi setara PC permainan moden dalam faktor bentuk lebih kecil.

Dalam pembentangan sama, Lisa Su turut menyentuh perkembangan projek konsol baharu Microsoft Xbox yang dijangka dilancarkan sekitar 2027, selari dengan kebergantungan Microsoft terhadap seni bina AMD untuk generasi seterusnya.

Steam Machine menjadi antara produk yang dinantikan peminat kerana ia menjanjikan pengalaman permainan PC terus ke ruang tamu tanpa keperluan membina sistem komputer baharu yang semakin mahal.

Namun, Valve masih belum mendedahkan harga atau tarikh jualan rasmi, susulan kekangan pasaran komponen seperti memori dan storan.

Valve menyatakan bahawa maklumat lanjutan hanya akan diumumkan apabila mereka bersedia memperlihatkan peranti tersebut sepenuhnya. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apa yang membuatkan Steam Machine berkuasa AMD menjadi popular di kalangan peminat permainan komputer?
    A: Steam Machine menjanjikan pengalaman permainan PC terus ke ruang tamu tanpa perlu membina sistem komputer baharu yang mahal.
  • Q: Apakah yang menjadi tumpuan Valve dalam pembangunan Steam Machine terbaru?
    A: Valve menumpukan kepada penggunaan pemproses AMD Zen 4 dan grafik RDNA 3 dalam Steam Machine terbaru untuk menawarkan prestasi setara PC permainan moden dalam faktor bentuk yang lebih kecil.
  • Q: Mengapa Valve masih mengekalkan kerahsiaan berhubung harga dan tarikh jualan rasmi Steam Machine?
    A: Valve belum mendedahkan harga atau tarikh jualan rasmi Steam Machine disebabkan oleh kekangan pasaran komponen seperti masalah bekalan memori dan storan.



#AMD #Steam Machine #Lisa Su #konsol permainan komputer #Valve