MALAYSIA
AMEM 43: Malaysia perkukuh peranan teraju ASEAN dalam peralihan tenaga bersih
Fadillah ketika hadir ke mesyuarat AMEM-43 yang melibatkan Menteri Tenaga ASEAN dan tiga rakan dialog lain iaitu China, Jepun dan Korea Selatan. - Foto PETRA
KUALA LUMPUR: Malaysia mengukuhkan peranannya sebagai peneraju agenda peralihan tenaga serantau menerusi penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 (AMEM-43), serta mesyuarat dengan rakan dialog utama seperti China, Jepun dan Korea Selatan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ringkasan AI
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, AMEM-43 bukan sahaja menyaksikan kejayaan mencapai Keberhasilan Utama Ekonomi (PED) 2025, malah mengukuhkan kesepakatan negara ASEAN ke arah peralihan tenaga yang lebih inklusif, lestari dan berdaya tahan.
“Melalui AMEM-43, kita berjaya mengesahkan Pelan Tindakan Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) 2026–2030, menandatangani MoU Dipertingkat bagi ASEAN Power Grid (APG) dan memperkenalkan ASEAN Power Grid Financing Initiative (APGFI),” katanya dalam wawancara bersama Astro AWANI.
Jelas beliau, inisiatif APGFI yang disokong Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Bank Dunia akan membuka akses pembiayaan berjumlah lebih AS$12 bilion untuk projek sambungan grid serantau.
“Kita sudah mulakan dengan projek seperti Laos–Thailand–Malaysia–Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP). Malaysia juga sedang bangunkan potensi sambungan grid Vietnam–Malaysia–Singapura serta kerangka kerjasama Brunei–Indonesia–Malaysia–Filipina (BIMP),” katanya lagi.
Menurut Fadillah, Malaysia selaku tuan rumah AMEM-43 telah memanfaatkan sidang ini untuk mengemudi hala tuju strategik sektor tenaga ASEAN, termasuk memacu integrasi pasaran tenaga serantau dan menyelaras dasar dalam kalangan negara anggota.
“Di bawah tema Powering ASEAN: Bridging Boundaries, Building Prosperity, Malaysia mahu pastikan peralihan tenaga ini tidak bersifat silo, sebaliknya kolektif agar tiada negara yang tertinggal,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan keperluan mengukuhkan struktur tadbir urus bagi pelaksanaan ASEAN Power Grid termasuk menerusi Suruhanjaya Perundingan APG, HAPUA (Heads of ASEAN Power Utilities/Authorities) dan ASEAN Centre for Energy (ACE).
“Saya tekankan bahawa kita perlu beralih daripada hanya berbincang kepada pelaksanaan konkrit. Ini termasuk penyeragaman peraturan, penyelarasan teknikal, dan pendekatan pembangunan projek yang sistematik serta berorientasikan hasil,” katanya.
Selain pelaksanaan teknikal, Fadillah berkata kerjasama dengan rakan luar seperti China, Jepun dan Korea Selatan turut diperkukuh melalui Mesyuarat AMEM+3 ke-22 dan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Sidang Kemuncak Asia Timur ke-19 (EAS EMM).
Kedua-dua mesyuarat itu memperincikan pelan kerja dua tahun akan datang, meliputi bidang seperti keselamatan tenaga, dialog pasaran minyak dan gas, pembangunan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, serta integrasi teknologi bahan api rendah karbon.
“ASEAN perlu membina ekosistem tenaga yang bukan sahaja bersih dan cekap, tetapi juga berdaya saing dan menarik pelaburan jangka panjang,” kata Fadillah.
Dalam masa sama, AMEM-43 turut melancarkan beberapa inisiatif tambahan termasuk Rangka Kerja Sijil Tenaga Boleh Baharu (REC), Pangkalan Data Kecekapan Tenaga ASEAN, Platform Pelaburan ASEAN, serta Sekolah Regulasi ASEAN (ASR) yang akan diterajui oleh Malaysia.
Hampir 200 delegasi termasuk menteri dan pegawai kanan tenaga dari negara anggota ASEAN dan rakan antarabangsa menghadiri sidang kemuncak empat hari itu, memperkukuh lagi kedudukan Malaysia sebagai hab strategik kerjasama tenaga serantau.
Ringkasan AI
- Malaysia menjadi tuan rumah AMEM-43, memperkukuh peranannya sebagai peneraju peralihan tenaga serantau dan pemacu kerjasama ASEAN.
- Sidang kemuncak sahkan pelan APAEC 20262030 dan lancar APGFI, dengan sokongan pembiayaan lebih AS$12 bilion untuk sambungan grid tenaga serantau.
- Kerjasama teknikal dan tadbir urus diperkukuh, termasuk pelancaran inisiatif baharu seperti REC, ASR dan Platform Pelaburan ASEAN.