GADGETS
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
Dron Parrot Anafi. - Foto Amanz
PADA 23 Disember lalu, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) mengharamkan import semua dron dan juga komponen baharu dron sekiranya dibuat di luar negara.
Pengharaman ini secara rasminya mengharamkan import dron import keluaran DJI dan Autel ke pasaran Amerika Syarikat.
Pada 10 Jan, FCC menerbitkan senarai pengecualian sementara hingga akhir 2026 untuk beberapa model dron dan komponen buatan negara asing.
Dron buatan Parrot, Teledyne FLIR, Neros Technologies, Wingtra, Auterion, ModalAI, Zepher Flight Labs, dan AeroVironment kini boleh diimport semula.
Komponen dron keluaran Nvidia, Panasonic, Sony, Samsung, ModalAI, dan ARK Electronics juga turut dibenarkan.
Dron DJI dan Autel walau bagaimanapun masih tidak boleh diimport.
Dron buatan luar negara dikhuatiri mendatangkan risiko kepada keselamatan negara khususnya buatan China.
Ramai melihat tindakan FCC ialah bagi memancung DJI yang memegang 80% pasaran dron Amerika Syarikat dan pada waktu yang sama membangunkan kemampuan dron domestik.
Petani Amerika juga menyuarakan kebimbangan larangan secara mendadak tahun lalu akan menjejaskan operasi kerana tiada alternatif buatan tempatan yang mencukupi.