awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aminuddin ingatkan kontraktor laksana kerja berkualiti

Bernama
Bernama
27/02/2024
20:45 MYT
Aminuddin ingatkan kontraktor laksana kerja berkualiti
Aminuddin (kiri) berkata, terdapat 250 kerja di seluruh Negeri Sembilan disenaraikan di bawah peruntukan MARRIS fasa satu kali ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengingatkan kontraktor yang mendapat projek penyenggaraan jalan di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) supaya melaksanakan kerja berkualiti dan memanfaatkan rakyat.
Beliau berkata, terdapat 250 kerja di seluruh Negeri Sembilan disenaraikan di bawah peruntukan MARRIS fasa satu kali ini melibatkan kos RM100,000 setiap projek dengan nilai keseluruhan RM25 juta bagi kontraktor kelas G1.
"Peringatan untuk kontraktor, projek ini pada hari raya tetapi bukan bermaksud kontraktor dapat duit raya... kerja yang dilaksanakan mesti terbaik, saya tidak mahu ada aduan. Projek dijalankan mesti mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Cabutan Kerja Undi Fasa Satu penyenggaraan jalan di bawah peruntukan MARRIS negeri bagi tahun ini, di sini, pada Selasa.
Aminuddin berkata, terdapat 2,589 daripada 2,634 kontraktor G1 di negeri ini memenuhi syarat serta layak menyertai undi berkenaan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri menerima tiga permohonan daripada tiga syarikat tempatan bagi penerokaan unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.
"Kita telah minta Pejabat Tanah dan Galian membantu mereka, sekarang ini REE agak perlahan kerana harga pasaran dunia rendah, jadi permintaan berkurangan," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#unsur nadir bumi
#MARRIS
#duit raya
#nilai keseluruhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan