[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
MALAYSIA

Amir Hamzah diberi tanggungjawab jalankan tugas, fungsi Menteri Ekonomi

Bernama 27/06/2025 | 01:50 MYT
Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, perkara itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Jun lepas.
"Tugas utama Amir Hamzah adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA
#Amir Hamzah Azizan #Menteri Kewangan II #Menteri Ekonomi #Rafizi Ramli letak jawatan