[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Amir Hamzah, Zulkifli Hasan angkat sumpah Senator

Astro Awani 12/12/2023 | 02:09 MYT
Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (kanan) dan Zulkifli Hasan mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini. - Gambar JABATAN PENERANGAN
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara, sebentar tadi.
Majlis berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Amir Hamzah sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selain Amir Hamzah, turut mengangkat sumpah sebagai Senator ialah Zulkifli Hasan.
Beliau merupakan bekas Dekan Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
#Amir Hamzah Azizan #Zulkifli Hasan #Angkat sumpah senator #rombakan kabinet 2023 #kabinet malaysia