awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amir Ukays dibebaskan, akui pistol mainan untuk tembak cicak

Astro Awani
Astro Awani
21/10/2015
16:31 MYT
Amir Ukays dibebaskan, akui pistol mainan untuk tembak cicak
Amir berkata pistol mainan untuk tembak cicak telah dibawa turun oleh anaknya dan tertinggal di dalam kereta sehari sebelum ditahan polis. - Gambar Fail
Bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44 yang ditahan awal pagi Rabu kerana dipercayai memiliki senjata api dibebaskan dengan jaminan polis, pada jam 5 petang hari sama.
Memetik laporan portal Berita Harian, Amir berkata, pistol berkenaan adalah pistol mainan yang digunakan untuk menembak cicak di rumahnya.
Menurutnya, pistol berkenaan seakan-akan pistol betul dan selalunya diletakkan di rumah.
Namun pada tengah hari Selasa, anak beliau membawa turun dan tertinggal pistol itu di dalam keretanya.
"Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza2.
"Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan," katanya kepada portal BH berkenaan malam tadi.
Beliau turut bekerjsama dengan pihak polis ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk disoal siasat.
"Alhamdulillah, saya dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas disoal siasat. Berita saya ditahan reman tidak benar.
"Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata Amir dibebaskan sementara menunggu kertas laporan kes disiapkan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara.
"Tindakan seterusnya terpulang kepada jabatan itu untuk memutuskan sama ada dia perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya, " katanya.
Polis sebelum ini melaporkan penyanyi berkenaan ditahan pasukan peronda ketika berada di dalam kenderaan jenis Proton Gen-2, di susur masuk ke Kampung Chubadak.
Pemeriksaan lanjut dilakukan anggota preman yang melakukan rondaan dan kemudiannya menemui sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact' dengan nombor siri 12L20520.
Topic Berkaitan
#Amir
#pistol
#pistol mainan
#polis
#Proton Gen-2
#Ukays
#Walther CP99 Compact
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan