Amirudin gesa penganjur ‘Glamping With Pride’ dikenakan tindakan jika ingkar arahan

Amirudin (tengah) menegaskan bahawa permit yang diberi adalah untuk aktiviti 'glamping' bersama keluarga, bukan bertema songsang yang tidak dapat diterima masyarakat. -Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya jika penganjur aktiviti 'Glamping With Pride' bertema songsang di Hulu Langat tetap mencabar arahan yang telah dikeluarkan.
Ringkasan AI
- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegur penganjur aktiviti 'Glamping With Pride' bertema songsang di Hulu Langat yang mencabar arahan yang telah diberikan.
- Beliau menegaskan bahawa permit yang diberi adalah untuk aktiviti glamping bersama keluarga, bukan bertema songsang yang tidak dapat diterima masyarakat.
- Amirudin menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya penganjur terus mencabar arahan yang telah ditetapkan.
"Ramai rakyat Malaysia, termasuk parti politik dan Ahli Parlimen, telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran tersebut.
"Sekiranya penganjur tetap mencabar, saya meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kerana komuniti jelas menolak aktiviti sebegini.
"Aktiviti glamping yang selamat adalah dibenarkan, namun jangan kaitkan dengan tema songsang kerana masalah sebenar adalah pada tema, bukan konsep glamping itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Shah Alam pada Selasa.
Mengulas lanjut, Amirudin memaklumkan penguatkuasaan adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana laporan polis telah dibuat.
"Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mempunyai kuasa penguatkuasaan, dan kerajaan negeri akan menjalankan pemantauan lebih dekat dengan kerjasama pihak polis," katanya.
Sementara itu, Amirudin memaklumkan setakat ini pihak berkuasa tempatan (PBT) belum menerima sebarang maklum balas atau permohonan rasmi dari pihak penganjur.
Program 'Glamping With Pride' yang dijadualkan berlangsung di Hulu Langat hujung minggu depan dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan sebagai platform untuk memberi tumpuan kepada isu kesihatan dan hak bagi lelaki gay, biseksual serta lelaki lain yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.
Kumpulan dikenali sebagai Jejaka menegaskan program selama dua hari itu adalah retreat berasaskan komuniti yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan, sokongan rakan sebaya, dan kesedaran kesihatan.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap penganjur aktiviti 'Glamping With Pride' bertema songsang? A: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya penganjur terus mencabar arahan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa.
- Q: Siapakah yang telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran aktiviti bertema songsang tersebut? A: Ramai rakyat Malaysia, termasuk parti politik dan Ahli Parlimen, telah menyuarakan bantahan terhadap penganjuran aktiviti bertema songsang 'Glamping With Pride'.
- Q: Apakah yang dimaksudkan dengan permit yang diberikan untuk aktiviti glamping bersama keluarga? A: Permit yang diberikan adalah untuk aktiviti glamping bersama keluarga yang selamat, bukan untuk penganjuran aktiviti bertema songsang yang mencabar nilai budaya masyarakat.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

