awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM

Bernama
Bernama
19/09/2023
15:26 MYT
AMK buat laporan polis pengguna TikTok hina PM
Laporan polis itu dibuat oleh Muhammad Izuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangiyang turut disertai Mohd Afiq. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial TikTok yang memuat naik hantaran menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua AMK Selangor Muhammad Izuan Ahmad Kasim di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini 4 petang tadi yang turut disertai Exco AMK Pusat Mohd Afiq Ayob.
Muhammad Izuan ketika ditemui pemberita berkata pihaknya berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat pemilik akaun berkenaan yang secara terang-terangan menghina perdana menteri.
Beliau berkata video berdurasi selama 14 saat itu dimuat naik oleh sweet_purple1404 yang dipercayai berasal dari Negeri Sembilan memaparkan gambar Anwar dengan tulisan 'Innalillah'.
"Video ini dimuat naik pada pagi semalam dan pemeriksaan kami mendapati pada pukul 9 malam ia telah diturunkan daripada media sosial tetapi telah disebarkan oleh pihak yang lain ke media sosial yang lain.
"AMK berharap pihak polis dapat mengambil tindakan terhadap pemilik akaun ini, kami tidak mahu trend video menghina seperti ini menjadi ikutan pengguna media sosial yang lain," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMK
#laporan polis
#pengguna TikTok
#hina PM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan