awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya

Bernama
Bernama
25/09/2023
13:17 MYT
AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat bersama Pengerusi NGO Pusat Transformasi Usahawan (ETC) Datuk Badrul Hanif Ahmad mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin berhubung tuduhan qazaf membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Exco AMK Pusat Ashraf Ahmad Hadi berkata laporan itu dibuat bersama Pengerusi NGO Pusat Transformasi Usahawan (ETC) Datuk Badrul Hanif Ahmad mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.
"Ini soal pertengkaran (di dalam Dewan Rakyat) yang dibawa hingga ke masyarakat luar termasuk di media sosial dengan ada pihak menuduh qazaf kepada Perdana Menteri. Keadaan ini amat mendukacitakan dan melampaui adab serta batas rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi bahasa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di sini.
Beliau berkata Islam menitikberatkan kepentingan menjaga aib dan maruah seseorang, namun pembangkang dilihat sengaja memainkan isu tersebut yang menyebabkan pihaknya terpanggil untuk membuat laporan agar selepas ini semua pihak tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan qazaf kepada individu lain yang berbeza pandangan politik.
Radzi, Ahli Parlimen Putrajaya telah menyebut beberapa perkataan jelik yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa lepas.
Sebelum ini, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia turut mengemukakan laporan kepada JAWI berkaitan perkara itu di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMK
#NGO
#laporan polis
#Ahli Parlimen Putrajaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan