MALAYSIA
AMK sambut baik pengumuman Belanjawan 2026
Muhammad Kamil percaya pelaburan besar dalam sektor pendidikan ini akan melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi. - Gambar keadilanrakyat.org
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik pengumuman Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat (10 Oktober) khususnya dalam aspek memperkukuh sistem pendidikan negara sebagai asas kemajuan bangsa.
Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim dalam satu kenyataan berkata peruntukan besar sebanyak RM66.2 bilion kepada Kementerian Pendidikan, berbanding RM64.2 bilion tahun ini, membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memastikan setiap anak Malaysia tanpa mengira latar belakang mendapat peluang pendidikan berkualiti dalam ekosistem yang inklusif dan progresif.
"Langkah kerajaan memperkenalkan pendidikan tinggi percuma kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan di bawah RM2,700 sebulan melalui pembiayaan PTPTN merupakan satu dasar berani yang berpaksikan keadilan sosial.
"Ia membuka ruang mobiliti sosial kepada golongan berpendapatan rendah untuk menamatkan pengajian tanpa dibebani hutang, sekali gus memecahkan kitaran kemiskinan antara generasi.
"Pelupusan hutang PTPTN bagi peminjam daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana yang memperoleh ijazah kelas pertama adalah pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik dan semangat gigih anak muda yang berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang," katanya.
Beliau pada masa yang sama mengalu-alukan keputusan kerajaan memberikan elaun RM150 sebulan kepada semua pelajar sekolah pendidikan khas (OKU), satu langkah penting dalam menjamin pendidikan inklusif dan menyantuni keperluan khas pelajar yang sering terpinggir.
Selain itu katanya, perluasan Bantuan Am Persekolahan kepada pelajar miskin sehingga tingkatan lima menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap cabaran sebenar yang dihadapi keluarga B40 dalam memastikan anak-anak mereka kekal bersekolah dan tidak tercicir akibat kesempitan hidup.
Beliau juga menyambut baik peruntukan RM2 bilion untuk menaik taraf lebih 520 sekolah usang, khususnya di Sabah dan Sarawak, selain kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bagi semua jenis sekolah di seluruh negara.
Antara lain, pengumuman kerajaan mengenai pembinaan 38 buah sekolah baharu bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat, di samping pembinaan semula Sekolah Tamil Ladang Jeram di Pahang dan Sekolah Cina Aik Hua di Perak.
"Langkah ini menzahirkan kesungguhan kerajaan dalam memastikan prasarana pendidikan berada dalam keadaan kondusif serta mencerminkan semangat kepelbagaian dalam sistem pendidikan nasional," ujarnya.
Katanya lagi Belanjawan 2026 jelas menunjukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar menambah angka dalam buku kira-kira, tetapi menzahirkan keadilan sosial melalui tindakan dan dasar nyata.
Justeru beliau percaya pelaburan besar dalam sektor pendidikan akan melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi, asas utama bagi membina negara bangsa yang maju dan sejahtera.
Beliau turut menyeru semua pihak termasuk sektor swasta, pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti pendidikan untuk terus menyokong pelaksanaan dasar-dasar ini agar manfaatnya benar-benar sampai kepada rakyat di setiap lapisan masyarakat.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini