Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-53 (AMM-53) pada Rabu, menekankan bahawa kepemimpinan ASEAN kian mencabar, ketika rantau ini menyasarkan untuk terus mengekalkan peranannya dengan matlamat utama memastikan keamanan dan kestabilan.
Hishammudin yang menyertai mesyuarat itu menerusi sidang video dari Putrajaya berkata kaedah pendekatan isu kepemimpinan dalam ruang lingkupnya dan berkait dengan satu sama lain, sebenarnya boleh mengundang bencana atau mencetuskan sinar baharu terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu.
Menteri Luar itu turut membangkitkan beberapa perkara lain termasuk perkembangan di Laut China Selatan, masalah di Rakhine dan Palestin.
Mengulas mengenai Laut China Selatan, beliau berkata, Malaysia terus teguh mempertahankan komitmennya untuk melindungi kedaulatan, hak dan kepentingannya di rantau itu.
"Seperti apa yang sering ditegaskan oleh Malaysia, isu Laut China Selatan mesti diurus dan ditangani secara rasional, menerusi dialog dan rundingan, menggunakan semua saluran diplomatik sewajarnya," katanya pada sesi itu yang dipengerusikan Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh.
Semua pihak mesti mengelak daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merumitkan keadaan di Laut China Selatan dan Menteri Luar ASEAN perlu meneliti segenap ruang dan pendekatan bagi memastikan keadaan di rantau ini tidak terus rumit angkara kuasa lain, katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan di Rakhine, Hishammuddin berkata, krisis di negeri berkenaan terus memberi kesan terhadap negara lain di rantau itu, termasuk Malaysia.
Beliau menambah, jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dan pemerdagangan manusia membabitkan pelarian Rohingya di rantau ini memerlukan perhatian khusus oleh semua negara anggota ASEAN, terutama negara pesisir Laut Andaman serta Selat Melaka.
"Negara anggota ASEAN perlu sedar bahawa penyeludupan dan pemerdagangan etnik Rohingya turut berlaku di wilayah negara anggota dan oleh itu, hanya dengan kerjasama penuh negara anggota ASEAN saja yang dapat menangani perkara ini dengan pantas dan berkesan," katanya.
Hishammuddin turut berkata, Malaysia menyokong penuh proses penghantaran semula yang dilihat dilakukan secara sukarela, selamat dan bermaruah.
Mengulas mengenai Palestin, Menteri Luar itu berkata, Malaysia kesal dan amat kecewa terhadap usaha yang terlalu lembap dalam menyambung semua rundingan damai antara Palestin dan Israel.
"Malaysia akan terus memantau pengumuman terbaru Israel menggantung rancangannya untuk merampas sebahagian kawasan wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat. Malaysia tidak akan terpedaya dengan perkembangan ini kerana Israel sudah pun menegaskan keputusan itu hanya sementara. Jelas Israel masih berniat untuk melaksanakan pelan merampas tanah itu," katanya.
Hishammuddin menekankan pendirian Malaysia berhubung isu itu iaitu penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin hanya boleh dicapai menerusi kaedah pembentukan dua negara berasaskan sempadan sebelum Perang 1967 dengan Baitulmaqdis Timur menjadi ibu negara Palestin.
Sementara itu, beliau berkata, Malaysia menyokong langkah anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menerajui usaha mendapatkan kelulusan majlis berkenaan berhubung Resolusi 2532 mengenai Gencatan Senjata Global pada 1 Julai 2020.
Malaysia katanya amat komited terhadap pelbagai usaha peringkat serantau dan global dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kemakmuran sejagat dan berharap, inisiatif itu akan merintis jalan menamatkan keganasan dan mampu mengekalkan keamanan dunia.
Mesyuarat AMM-53 dan mesyuarat berkaitan membuka tirainya pada Rabu hingga Sabtu, dengan perbincangan mengenai COVID-19 menjadi antara agenda utama serta persiapan Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pada November.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 09 2020

Mesyuarat AMM-53 dan mesyuarat berkaitan membuka tirainya pada Rabu hingga Sabtu, dengan perbincangan mengenai COVID-19 menjadi antara agenda utama. - Facebook Hishammuddin Hussein
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611767988_infografikjanuari.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)
KKM memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

PM ucap selamat menyambut Thaipusam
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sambutan Thaipusam kali ini terpaksa dibuat secara bersederhana tanpa perarakan besar seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

AMM-53: Hishammuddin bangkitkan isu kepemimpinan ASEAN, Laut China Selatan, Rohingya dan Palestin
Mengulas mengenai Laut China Selatan, beliau berkata, Malaysia terus teguh mempertahankan komitmennya untuk melindungi kedaulatan, hak dan kepentingannya di rantau itu.