KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan bertemu dengan Setiausaha Luar British David Lammy di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Pasca Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM/PMC) pada Jumaat.
Kementerian Luar (Wisma Putra) memuat naik di Facebook bahawa Mohamad dan Lammy telah membincangkan pelbagai isu yang mempunyai kepentingan bersama, termasuk untuk memperbaharui dan mendalami kerjasama dua hala dalam bidang teknologi dan tenaga, peralihan digital, kerjasama pendidikan dan kesihatan.
"Berhubung perkara antarabangsa dan serantau, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerja ke arah penyelesaian yang adil dan saksama bagi isu Palestin dan Myanmar serta konflik Rusia-Ukraine," katanya.
Dalam satu lagi hantaran Facebook, Wisma Putra berkata Mohamad bertemu dengan Menteri Luar Norway Espen Barth Eide di luar sidang AMM/PMC.
"Kedua-duanya komited untuk menyegerakan penyelesaian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Persatuan Perdagangan Bebas Eropah-Malaysia (MEEPA) yang tertangguh.
"Mereka juga meneroka peluang pelaburan untuk Dana Pencen Kerajaan Norway Global (GPFG) dan penyimpanan penangkapan karbon (CCS) di Malaysia serta untuk memperkukuh lagi kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau dan peralihan tenaga," katanya.
Wisma Putra berkata Malaysia dan Norway bersetuju untuk bekerja ke arah penyelesaian yang adil dan saksama bagi isu Palestin dan Myanmar serta konflik Rusia-Ukraine.
Terdahulu, Mohamad juga bertemu dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Melanie Joly.
"Kedua-dua pemimpin membincangkan usaha mempromosikan lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara, perdagangan dan pelaburan dua hala - termasuk rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dan pengaturan visa," katanya.
Kedua-dua menteri luar turut membincangkan isu serantau dan antarabangsa, termasuk konflik di Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Mohamad ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari United Kingdom, David Lammy. - Foto Facebook/Wisma Putra
AWANI Ringkas: Tarikh nyah senarai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis tahan pemilik gerai jual jagung bakar kontroversi
Polis menahan pasangan suami isteri merupakan pemilik gerai menjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang pada Isnin.

Polis Australia pulangkan syiling Holey Dollar keluaran 1813 yang dicuri kepada Poland
Sekeping syiling yang dicuri dari muzium Poland telah dipulangkan oleh polis Australia selepas ia berakhir di tangan seorang pengumpul di Perth.

Na'imah gagal rujuk persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi
Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.
Mata wang tunggal ASEAN masih jauh untuk dicapai - Pakar
Ahli Ekonomi Kanan, Samuel Sekuritas Indonesia, Dr Fithra Faisal Hastiadi berkata, tumpuan utama perlu diberikan kepada pembangunan ekonomi yang lebih seimbang dan setara antara negara-negara anggota untuk mencapai matlamat ini.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Rekod Asia Alia Sazana tidak akan dikira sebagai rekod dunia
NSAM sudah sedia maklum bahawa sebarang rekod dunia yang dicipta di Kejohanan Rifle/Pistol Piala Asia 2025 itu tidak akan dikira.

Malaysia menerajui ASEAN dalam aspek perumahan mampu milik - Juwai IQI
Malaysia membelanjakan jumlah yang besar, iaitu memperuntukkan RM2.85 bilion untuk perumahan mampu milik setiap tahun.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Parlimen: Visi Komuniti ASEAN bakal dilancar, zahir inspirasi serantau - Mohamad Hasan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN akan melancarkan Visi Komuniti ASEAN 2045, yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau bersepadu.

ASEAN: Malaysia sumbang AS$200,000 bantu proses keanggotaan Timor-Leste
Malaysia menyumbang AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste, yang akan beroperasi di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia.

ASEAN kesal cadangan pengusiran rakyat Palestin di Gaza
Seluruh negara anggota ASEAN sepakat tidak setuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Kerajaan Malaysia, Jepun segerakan pembangunan semula Gaza - PM Anwar
Kerajaan bersama Kementerian Luar telah mendapat kepastian untuk menyegerakan pelaksanaan program pembagunan semula Gaza, Palestin.

Malaysia dekatkan ASEAN kepada rakyat melalui kepengerusian inklusif
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 bertujuan untuk menjawab persoalan lama, "Apa manfaatnya untuk saya?"

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.

Malaysia akhiri Permukiman Menteri Luar ASEAN dengan visi kesatuan dan daya tahan serantau
Permukiman yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi ini merupakan mesyuarat pertama peringkat menteri dalam kalendar ASEAN bagi tahun 2025.

Permukiman AMM sambut baik gencatan senjata Gaza
Menteri-menteri Luar ASEAN pada Ahad menyambut baik rancangan gencatan senjata terkini serta perjanjian pembebasan tawanan di Gaza.

ASEAN gesa Myanmar henti tindas rakyat, patuhi Konsensus Lima Perkara - Mohamad
ASEAN menggesa Myanmar memenuhi tanggungjawabnya sebagai anggota pertubuhan itu dan mematuhi Konsensus Lima Perkara yang telah dipersetujui sebelum ini.

ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.