MALAYSIA
AMME18: Hujan, ribut petir dijangka sepanjang persidangan tiga hari

MetMalaysia memaklumkan bahawa ribut petir dijangka berlaku pada waktu petang 2 dan 3 Sept, manakala cuaca pada hari terakhir dijangka cerah. - Gambar hiasan
LANGKAWI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan pada waktu pagi sepanjang tiga hari Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN ke-18 (AMME18) yang dijadualkan bermula esok.
Ringkasan AI
- MetMalaysia ramal hujan pagi sepanjang tiga hari Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN ke-18 (AMME18) di Langkawi, dengan ribut petir petang pada 2 dan 3 Sept, manakala hari terakhir dijangka cerah.
- AMME18 (24 Sept) turut merangkumi COP-20 AATHP dan mesyuarat berkaitan, membincangkan kerjasama serantau dalam kelestarian dan pengurusan alam sekitar.
- Hasil dijangka termasuk Kenyataan Bersama ASEAN untuk COP30, kemajuan penubuhan Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ACCC), dan penerimaan Pelan Tindakan Strategik Perubahan Iklim ASEAN (ACCSAP).
AMME-18 yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 Sept di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), turut merangkumi Mesyuarat Persidangan Pihak-Pihak kepada Perjanjian ASEAN ke-20 mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-20 AATHP) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
Acara ini akan menghimpunkan menteri-menteri alam sekitar ASEAN dan pegawai kanan untuk membincangkan kerjasama serantau dalam aspek kelestarian dan pengurusan alam sekitar yang inklusif.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) hasil yang dijangkakan termasuklah empat penyampaian utama iaitu Kenyataan Bersama ASEAN untuk Persidangan Pihak-Pihak ke-30 kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC COP30).
Ia turut merangkumi kemajuan dalam penubuhan Pusat Perubahan Iklim ASEAN (ACCC), serta penerimaan Pelan Tindakan Strategik Perubahan Iklim ASEAN (ACCSAP).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami