awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
15/02/2025
10:43 MYT
Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Lokasi kejadian amuk membabitkan seorang lelaki di Taman Seri Astana, Sungai Petani, semalam. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, keempat-empat anggota mengalami kecederaan di kepala, bahu dan tangan.
Mereka juga terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran ke udara dalam usaha mengarahkan suspek menyerah diri.
Katanya, dua anggota terlebih dahulu pergi ke rumah suspek untuk menahannya, bagaimanapun dia enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif.
“Dua anggota telah memasuki rumah suspek dan ketika itu suspek yang sudah bersedia dengan dua bilah parang di tangan telah melibas lalu mengenai bahagian kepala dan bahu dua anggota polis.
“Kemudian anggota tambahan pergi ke rumah itu dengan bantuan anggota bomba untuk menyembur air dan ketika itu suspek sekali lagi melibaskan parang lalu terkena dua lagi anggota polis.
“Suspek berusia 32 tahun itu bagaimanapun bejaya ditahan dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. Dia disahkan meninggal dunia pada jam 1.04 pagi tadi ketika menerima rawatan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda hari ini.
Katanya, keempat-empat anggota berusia 20 hingga 50 an yang cedera kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di HSAH.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 keranan cubaan membunuh.
Topic Berkaitan
#amuk
#Kedah
#polis cedera
#Taman Seri Astana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan