awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amuk: Peniaga kedai makan bakar pondok, pecah cermin direman

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
12/07/2022
05:53 MYT
Amuk: Peniaga kedai makan bakar pondok, pecah cermin direman
Suspek (kiri) menunjukkan pelbagai aksi ketika wajahnya dirakam semasa diiring anggota polis untuk prosiding reman. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang peniaga kedai makan direman empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan melakukan perbuatan khianat dan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di Taman Seri Astana yang berlaku semalam.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Muhammad Aliff Abdul Aziz ke atas suspek berusia 54 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435/427 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berpakaian baju lokap polis pada mulanya menunjukkan pelbagai aksi ketika wajahnya dirakam semasa diiring anggota polis untuk prosiding reman.
Malah suspek turut menanggalkan pelitup muka yang dipakai sambil meminta gambarnya ditularkan di laman sosial untuk memudahkan orang mengenalinya.
Suspek ditahan pada jam 3.30 petang semalam selepas membakar sebuah pondok di belakang kedai makan yang diusahakan bersama bekas isterinya yang merupakan seorang warga negara Thailand di taman perumahan di situ.
Kes Amuk | Lelaki bakar pondok, pecah cermin kenderaan
Sebelum kejadian, suspek dikatakan mencari bekas isterinya di rumah dan di pasar pagi namun tidak menemuinya.
Berang selepas gagal menemui bekas isterinya suspek bersenjatakan sebilah parang bertindak membakar pondok yang berada di belakang kedai makan dan turut memecahkan cermin sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenis Naza Ria milik orang awam yang diletakkan berdekatan kedai makan tersebut.
Suspek yang mempunyai lapan rekod jenayah dan empat rekod dadah itu mengaku dia bertindak demikian kerana tertekan akibat masalah rumah tangga dengan isterinya.
Topic Berkaitan
#amuk
#peniaga direman
#Sungai Petani
#Taman Seri Astana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan