awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
Harimau Malaya di ambang kepupusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak ahli perniagaan ditemui mati di rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2021
21:22 MYT
Anak ahli perniagaan ditemui mati di rumah
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Anak kepada seorang ahli perniagaan sebuah syarikat perkapalan dan perhotelan terkemuka di Sabah ditemui mati di kediamannya pada Rabu.
Lelaki berusia 42 tahun itu ditemui di dalam bilik tidur di rumahnya di Jalan Lintas di sini oleh ahli keluarga sebelum laporan polis dibuat kira-kira jam 6 petang.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, setakat ini siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian lelaki terbabit.
"Mayat lelaki itu sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.
"Bagaimanapun, kita masih menunggu keputusan saringan COVID-19 sebelum proses seterusnya dapat dijalankan. Polis juga masih menunggu laporan bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Hazani berkata, siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian atau pada tubuh badan mangsa.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian: Anak ahli perniagaan ditemui mati di rumah
Topic Berkaitan
#anak ahli perniagaan
#mati
#COVID-19
#siasatan
#mati mengejut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan