awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berlangsung
Superbug: Produk berasaskan haiwan di Malaysia selamat - DVS
Ringgit cecah 3.99 berbanding dolar AS, paling kukuh dalam tempoh lebih tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Allahyarham Bung Moktar zahir penghargaan atas ucapan takziah

Bernama
Bernama
05/12/2025
10:00 MYT
Anak Allahyarham Bung Moktar zahir penghargaan atas ucapan takziah
Sanak saudara Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin mengaminkan bacaan doa ketika hadir memberikan penghormatan terakhir di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, hari ini. -Foto Bernama
KOTA KINABALU: Anak kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan Moktar berterima kasih kepada semua termasuk pemimpin negeri dan negara yang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian tokoh politik itu.

Ringkasan AI
  • Naim Kurniawan Moktar berterima kasih kepada semua yang memberi ucapan takziah atas kematian bapanya, Pengerusi BN Sabah, Bung Moktar Radin.
  • Naim Kurniawan menghargai Tun Musa Aman, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, dan Datuk Seri Hajiji Noor serta semua yang memberi penghormatan terakhir kepada Bung Moktar.
  • Naim Kurniawan menyerahkan keputusan meneruskan legasi ayahnya sebagai wakil rakyat kepada rakyat dan pimpinan parti.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta semua yang hadir menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada bapanya.
"Bagi pihak keluarga besar kami, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Ramai yang hadir tanpa mengira fahaman politik dan saya sangat berterima kasih," katanya kepada pemberita selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Likas di sini hari ini.
Naim Kurniawan berkata walaupun sedih dengan pemergian Allahyarham, namun beliau bersyukur kerana urusan bapanya berjalan lancar.
Ditanya jika beliau akan meneruskan legasi Allahyarham sebagai wakil rakyat, Naim Kurniawan menyerahkan perkara itu kepada rakyat dan pucuk pimpinan parti.
Bung Moktar, 66, yang merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi.
Allahyarham mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 Nov.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah yang Naim Kurniawan Moktar berterima kasih kepada dalam artikel? A: Naim Kurniawan Moktar berterima kasih kepada pemimpin negeri dan negara serta semua yang menyampaikan ucapan takziah atas pemergian bapanya.
  • Q: Apakah jawapan Naim Kurniawan berkaitan dengan meneruskan legasi bapanya sebagai wakil rakyat? A: Naim Kurniawan menyatakan bahawa keputusan untuk meneruskan legasi bapanya sebagai wakil rakyat bergantung kepada rakyat dan pucuk pimpinan parti.
  • Q: Bagaimanakah reaksi Naim Kurniawan terhadap penghormatan terakhir yang diterima oleh bapanya? A: Naim Kurniawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir tanpa mengira fahaman politik dan beliau sangat berterima kasih atas penghormatan terakhir yang diberikan kepada bapanya.
  • Q: Bilakah Bung Moktar meninggal dunia dan di mana peristiwa tersebut berlaku? A: Bung Moktar meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 1.46 pagi dan pengebumiannya di Tanah Perkuburan Kampung Likas.
  • Q: Apakah jawatan politik yang dipegang oleh Allahyarham Bung Moktar sebelum kematiannya? A: Allahyarham Bung Moktar merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan dan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Pilihan Raya Negeri ke-17 sebelum kematiannya.

Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Naim Kurniawan Moktar
#Pengerusi BN Sabah
#Hajiji Noor
#Musa Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan