awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Allahyarham Sanusi syukur dapat tunai hasrat bapa

Bernama
Bernama
09/03/2018
07:25 MYT
Anak Allahyarham Sanusi syukur dapat tunai hasrat bapa
Anak ketiga bekas Menteri Pertanian Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid tidak menyangka niat bapanya yang mahu makan tengah hari bersama keluarga minggu lepas menjadi permintaan terakhir sebelum bapanya itu meninggal dunia pagi tadi.
Amanda Ruhul Hamidah, 40, berkata keadaan kesihatan bapanya itu baik sepanjang masa walaupun sudah lama mempunyai pelbagai penyakit termasuk sakit jantung.
"Minggu lepas bapa ada mengajak makan tengah hari dan kami sekeluarga sempat makan bersama.
"Pemergian arwah tidak dijangka kerana beliau juga baru melakukan pemeriksaan kesihatan dan kesihatannya baik," katanya ketika ditemui di Masjid Umar al-Khattab, Bukit Damansara hari ini.
BACA: Tan Sri Sanusi Junid meninggal dunia
Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Beliau juga menyifatkan bapanya seorang yang penyayang selain mengutamakan anak-anak.
Allahyarham Sanusi meninggal dunia sebelum sempat menunaikan solat subuh di kediamannya di Pantai Dalam.
Allahyarham meninggalkan seorang balu Puan Sri Nila Inangda Manyam Keumala dan tujuh anak.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata beliau mengenali Allahyarham sejak 1979 ketika menjadi anggota Pemuda UMNO Kubang Pasu.
"Antara sumbangan Allahyarham yang diingati ialah mewujudkan Taman Pertanian di Bukit Cahaya Seri Alam (Bukit Cerakah) ketika beliau menjadi Menteri Pertanian.
"Atas idea itu, ia menjadi 'universiti terbuka' pertama dalam negara kepada golongan penternak, peladang dan juga orang ramai mengenai ilmu bidang pertanian dan penternakan," katanya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Sanusi merupakan seorang tokoh besar negara yang telah menyumbangkan khidmat dan baktinya dalam pembangunan negara terutamanya dalam bidang pertanian.
Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Foto Astro AWANI / Shahir Omar
"Ini merupakan satu kehilangan besar, Allahyarham banyak menyumbangkan idea-idea bernas terutama ketika menjadi menteri pertanian," katanya.
Dalam pada itu, Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Allahyarham merupakan seorang sahabat yang setia, tetap pendirian dan komited dengan tugas yang diberikan.
"Ciri-ciri itu semua jelas ditonjolkan semasa Allahyarham memegang pelbagai jawatan termasuk Menteri Pertanian, Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Besar Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#Allahyarham
#anak
#Kedah
#Kubang Pasu
#meninggal dunia
#Menteri Besar
#Pemuda UMNO
#Sanusi Junid
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan