[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

Anak anda mangsa pembuli siber?

Ashwad Ismail 15/11/2013 | 00:00 MYT
Cyber Security Malaysia mengingatkan para ibu-bapa agar memahami ancaman terhadap anak-anak mereka di alam siber.
Ini kerana era sekarang menyaksikan majoriti remaja dan kanak-kanak menggenggam telefon pintar lantas menghabiskan banyak masa di alam maya.
Laporan Kajian Kebangsaan 2013 mengenai keselamatan siber yang dikeluarkan pada Khamis mendedahkan 40 peratus pelajar mengakui pernah menjadi mangsa pembuli siber.
Antara jenis pembulian siber yang kerap berlaku ialah dipanggil dan menerima pesanan yang mengaibkan, akaun media sosial dan laman web digodam, penyiaran foto atau video yang memalukan serta diugut.
Awani 7.45 menemubual Eksekutif Kanan, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan Kandungan Cyber Security Malaysia Aaron Mokhtar.
#Aaron Mokhtar #Cyber Security Malaysia #Laporan Kajian Kebangsaan 2013