awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak durjana tendang, tampar ibu hingga patah gigi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/10/2022
09:03 MYT
Anak durjana tendang, tampar ibu hingga patah gigi
Polis telah menahan suspek di kawasan kampung terbabit selepas ibunya membuat laporan. - Gambar hiasan
PADANG TERAP: Berang dengan jawapan ibu yang tidak memuaskan hatinya, seorang lelaki sanggup membelasah wanita berusia 68 tahun itu sehingga patah gigi di rumah mereka di sebuah kampung di sini.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar, berkata terdahulu dalam kejadian jam 6.30 petang Khamis itu, suspek berusia 30-an bertanya ibunya mengenai bilangan anaknya.
“Wanita itu telah menjawab hanya mempunyai empat orang anak, sedangkan suspek juga anak mangsa... jadi bilangan sebenar adalah lima.
“Suspek tidak berpuas hati dan tiba-tiba berang lalu bertindak menampar pipi kiri mangsa sehingga giginya patah, selain menendang mangsa membuatkan wanita itu berlari masuk ke dalam bilik tidur,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mulkiaman berkata, susulan itu mangsa telah membuat laporan polis pada Jumaat kerana bimbang dengan keselamatannya.
Katanya, ekoran itu polis telah menahan suspek di kawasan kampung terbabit tidak lama kemudian.
"Suspek telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
"Suspek juga dipercayai terlibat dengan pengambilan dadah dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah," katanya.
Topic Berkaitan
#anak durjana
#Padang Terap
#tampar ibu hingga patah gigi
#kesan dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan