Anak Khairy, Raif terima vaksin COVID-19

Astro Awani
Februari 13, 2022 11:16 MYT
Khairy memuat naik gambar dan video anaknya, Raif menerima vaksin di PPV PWTC, hari ini. - Instagram/khairykj
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengotakan katanya apabila membawa anaknya yang berusia enam tahun untuk menerima vaksin COVID-19.
Menerusi Instagram, Khairy memuat naik gambar dan video anaknya, Raif menerima vaksin di PPV PWTC, hari ini.
Sebelum ini terdapat banyak keraguan diluahkan individu tertentu, yang mahukan Khairy terlebih dahulu membuktikan vaksin itu selamat.
“Mungkin rakyat Malaysia sekarang nak tengok anak anda (Khairy) divaksin dan dipancarkan menerusi TV nasional dulu,” itu luahan pelakon, Catriona Ross, selepas Khairy mengumumkan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun akan diberikan suntikan vaksin Pfizer.

Ramai kawan-kawan yang kata sebelum mintak anak orang lain vaksin, elok Menteri bawa anak sendiri dulu Hari ini @khairykj sendiri bawa anak untuk #PICKids. Selamat dan berkesan. InshaaAllah. Tahniah Raif. pic.twitter.com/ewbmyuvmId

— Ibdilillah Ishak (@ibdil) February 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Awal bulan ini, Khairy mengesahkan sudah membuat tempahan untuk suntikan vaksin bagi anaknya.
"Saya sendiri buat tempahan untuk anak saya. Ini bagi menjawab tohmahan yang kata saya tak vaksin, malah anak pun tak vaksin.
"Anak saya berumur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka," katanya.
#Khairy Jamaluddin #Kanak-kanak #Pfizer #vaksin #COVID-19 #Raif