MALAYSIA
Anak Malaysia ‘gegar’ pentas konvo depan 1,200 orang di UK
Umar ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Graduasi University of York di United Kingdom pada Khamis. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pelajar Malaysia, Umar Zulkefli, 23, mencuri tumpuan apabila diberi penghormatan menyampaikan ucapan sebagai wakil graduan pada Majlis Graduasi University of York, United Kingdom (UK) yang berlangsung pada Khamis.
Majlis konvokesyen yang dihadiri lebih 1,200 tetamu itu menyaksikan Umar menyampaikan ucapan kira-kira lima minit mewakili rakan-rakan kohort, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Umar yang merupakan penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) ialah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dari universiti berprestij itu dan merupakan bekas pelajar Kolej Mara Seremban serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Umar turut merakamkan penghargaan khas kepada Mara atas sokongan tidak berbelah bahagi sejak zaman persekolahannya.
“Mara bukan sekadar penaja kewangan, tetapi sumber ‘kekuatan’ dalam perjalanan hidup saya.
“Mereka membuka potensi saya, membina keyakinan dan menjadi sebab utama saya berdiri di sini hari ini,” katanya pada Jumaat.
Lebih istimewa, Umar dipilih menyampaikan ucapan graduan berdasarkan pencapaian cemerlangnya sepanjang berada di universiti berkenaan, bukan sahaja dalam bidang akademik, malah aktif dalam pelbagai aktiviti kampus.
Anak jati Shah Alam, Selangor itu pernah menjadi Naib Presiden Persatuan Sarjana Muda Ekonomi Malaysia, duta pelajar universiti dan pengajar rakan sebaya di jabatan ekonomi.
Selain itu beliau juga aktif menyertai komuniti ekonomi sebagai penulis majalah, menjalankan projek penyelidikan bersama pensyarah serta berkhidmat dengan kesatuan pelajar dan jabatan kerjaya.
“Saya bermula sebagai pelajar ‘clearing’, hadir ke York tanpa perancangan awal.
“Ramai menyangka itu satu kekurangan, tetapi saya mahu buktikan bahawa tiada jalan yang sia-sia jika kita berusaha bersungguh-sungguh,” jelasnya.
Umar yang juga anak kepada Pengarah Pembangunan Koridor, Koridor Utiliti Selangor (KUSEL), Zulkefli Mohd Nani, 57, dan Siti Shapura Mashood, 57, pesara Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seksyen Enam, Shah Alam dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Rashna, Klang.
Ditanya tentang keluarga, Umar menyatakan dirinya kini merupakan anak tunggal kerana abangnya sudah meninggal dunia.
“Bila menceritakan kembali saat kelahiran, saya berasa agak sedih kerana ibu melalui saat-saat sukar untuk melahirkan saya sehingga terpaksa melalui pembedahan kecemasan.
“Namun saya bersyukur kerana ibu bertahan, terus kuat dan pada hari penting dalam hidup saya, mereka dapat menyaksikan sendiri saya menamatkan pengajian di bumi asing. Semua kejayaan ini adalah milik mereka,” katanya dengan nada sebak.
Ditanya perancangan masa depannya, Umar kini bersiap sedia untuk menyambung kerjayanya sebagai pelatih siswazah pelaburan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 1 Oktober ini.
“Insya-ALLAH, saya akan lakukan yang terbaik. Jika ada peluang, satu hari nanti saya ingin sambung peringkat sarjana dalam bidang ekonomi, terutama jika ditawarkan biasiswa,” jelasnya. - Sinar Harian