awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak mengaku salah kelar ibu, adik hingga cedera parah

Bernama
Bernama
28/03/2023
05:18 MYT
Anak mengaku salah kelar ibu, adik hingga cedera parah
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat. -Gambar hiasan
MELAKA: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan ibu dan adik perempuannya dengan mengelar mereka menggunakan pisau pemotong daging.
Muhammad Hidayat Abu Samad, 24, didakwa menyebabkan kecederaan parah kepada Sapiah Abdul Kadar, 49, dan Noor Iman Dania Abu Samad 11, dengan menggunakan pisau pemotong daging yang merupakan suatu alat untuk menetak di sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Melaka Tengah pada 10 malam, 10 Mac lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 40 tahun dan dikenakan denda atau sebat.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon Muhammad Hidayat yang tidak diwakili peguam menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor bagi mendapatkan laporan kesihatan mental.
Hakim Mohd Sabri Ismail membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan 19 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan psikiatri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah sesyen ayer keroh
#kelar ibu dan adik
#Muhammad Hidayat Abu Samad
#Sapiah Abdul Kadar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan