[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Anak Menteri Pendidikan raih 8A dalam SPM

Umavathi Ramayah 24/04/2025 | 06:40 MYT
Fadhlina meluangkan masa lebih satu jam di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, untuk menemani anaknya, Sarah, mengambil keputusan SPM. - Gambar/ FB Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR: Anak kedua Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berjaya memperoleh keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Terdahulu, Fadhlina meluangkan masa lebih satu jam di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, di sini untuk menemani anaknya, Sarah, mengambil keputusan, sebelum melakukan tinjauan penyerahan keputusan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang di sini, pada Khamis.
"Saya pun gembira, anak saya dapat keputusan hari ini, Alhamdulillah... 8A," katanya.
Tahun lalu, anak sulungnya yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut memperoleh keputusan cemerlang dengan 9A 2B dalam SPM.
Ketika mengumumkan anslisis keputusan, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, SPM 2024 merekodkan pencapaian terbaik sejak 2013, dengan mencatat Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 berbanding 4.60 pada 2023.
Menurutnya, bilangan calon mendapat sekurang-kurang kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2024, turut meningkat kepada 86,040 orang berbanding 83,112 pada 2023.
#SPM 2024 #anak menteri pendidikan #Fadhlina Sidek #keputusan cemerlang