Anak kepada mangsa nahas jalan raya yang melibatkan empat sekeluarga di Jalan Tampin-Gemas semalam tidak menyangka mimpi ibunya telah meninggal dunia pada malam Jumaat lalu menjadi kenyataan.
Mohd Syukri Jusoh, 33, seorang posmen di Kemaman berkata beliau sepatutnya menyertai keluarga abangnya, Mohd Fadzil dan ibunya menghadiri kenduri di rumah keluarga angkat mereka di Muar, namun hasrat itu dibatalkan pada saat akhir.
"Hanya kakak yang tinggal di Kuantan mengikuti mereka. Pada hal saya telah memohon cuti selama empat hari untuk menyertai rombongan tersebut yang dirancang sebulan lalu.
"Hati saya tidak tenteram dan malas untuk sertai mereka ditambah dengan mimpi tersebut jadi saya sekeluarga membatalkan hasrat untuk mengikuti mereka serta menarik balik cuti yang dimohon.
"Isteri saya berkata mimpi itu hanya mainan tidur dan panjang lagi umur mak," katanya ketika ditemui di Masjid Kampung Binjai, di sini, hari ini.
Dalam kemalangan pada pukul 3.20 petang itu, abangnya, Mohd Fadzil, dan ibu mereka, Nazipah Chik, 60, maut di tempat kejadian manakala dua daripada anak pasangan kembar tiga abangnya, Muhd Farhan dan Nur Farhana, setahun, meninggal dunia ketika mendapat rawatan.
Nahas itu dikatakan berlaku ekoran kereta Proton Saga yang dipandu oleh Mohd Fadzil hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu seorang lelaki dari arah bertentangan.
Mohd Syukri berkata ahli keluarganya itu bertolak dari Kemaman menuju ke Muar kira-kira pukul 8 pagi sebelum menyertai konvoi bersama kakak sulong mereka, Junaidah di Kuantan.
Namun difahamkan mereka berpecah apabila tiba di Segamat di mana Junaidah mengikut Jalan Tangkak dan Mohd Fadzil mengambil Jalan Tampin-Gemas.
Mohd Syukri berkata sebelum kejadian juga ibunya menunjukkan perubahan pelik dan sering merajuk sejak tiga hari lalu dan memintanya untuk memujuk kembali.
"Ibu juga bersungguh mengajak saya mengikut sekali, tetapi saya tidak mahu dan meminta ibu belikan hadiah," katanya.
Keempat-empat jenazah mangsa nahas berkenaan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Binjai, Kemaman, pada pukul 9 malam ini. -- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2016
Empat sekeluarga termasuk dua bayi kembar berusia setahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Tampin-Gemas pada Sabtu. -Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Wanita warga emas maut kereta dinaiki terbabas ke gaung
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, mereka dalam perjalanan dari Melaka untuk pulang ke rumah mereka di Palong 1 dekat Tampin.
Anak mimpi ibu meninggal sebelum nahas jalan raya
Anak kepada mangsa nahas jalan raya yang melibatkan empat sekeluarga di Jalan Tampin-Gemas semalam tidak menyangka mimpi ibunya telah meninggal dunia pada malam Jumaat lalu menjadi kenyataan .