MALAYSIA
Anak muda jadi ejen perubahan pembangunan negara - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar (duduk, dua dari kanan) bergambar kenangan bersama diaspora Malaysia di Perancis pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di Paris, pada Khamis. - Gambar Pejabat Perdana Menteri
PARIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru anak muda warga Malaysia di Perancis agar terus menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan dan menjadi ejen perubahan dalam usaha membangunkan negara ke arah masa depan yang lebih gemilang.
Dalam ucapan beliau pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora Malaysia di sini, pada Khamis, Perdana Menteri menekankan bahawa Malaysia amat bergantung kepada bakat muda untuk mencorak masa depan yang lebih cemerlang dan berdaya saing.
“Kejayaan dalam apa jua bidang bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi juga satu tanggungjawab untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara,” katanya.
Dalam masa sama, beliau turut menasihati golongan muda agar sentiasa berpegang kepada prinsip dan bersedia memikul amanah besar demi kemajuan negara.
Majlis tersebut turut menjadi platform perbincangan bermakna antara kerajaan dan diaspora Malaysia mengenai peranan serta sumbangan mereka dalam pembangunan negara.
Dalam sesi tersebut, Perdana Menteri turut berkongsi ikhtiar Kerajaan MADANI dalam melaksanakan pembaharuan menyeluruh yang merangkumi pertumbuhan ekonomi inklusif, tadbir urus berintegriti dan keadilan sosial yang memartabatkan setiap lapisan rakyat.
Anwar berkata, kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia, sama ada di dalam atau luar negara, memainkan peranan aktif dalam menjayakan agenda pembaharuan negara.
Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra itu turut dihadiri oleh wakil-wakil kedutaan, pelajar, profesional dan rakyat Malaysia yang menetap di Perancis.
Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Anwar kini berada di Perancis untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Emmanuel Macron.
Beliau dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Macron di Istana Élysée, dengan agenda utama termasuk perdagangan, pelaburan, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, pertahanan, pendidikan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI).
Perancis kekal sebagai antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).
Pada tahun 2024, jumlah dagangan dua hala mencatatkan RM15.95 bilion (AS$3.63 bilion), dengan RM6.26 bilion (AS$1.49 bilion) direkodkan antara Januari hingga Mei tahun ini.