awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api

Sinar Harian
Sinar Harian
03/04/2024
11:00 MYT
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Aroma bubur lambuk dikatakan lebih sedap dimasak menggunakan kayu api. - Gambar/ Sinar Harian
JITRA: Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.
Usaha murni itu dilakukan secara sukarela setiap minggu menerusi sumbangan orang ramai mahupun individu yang ingin berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan ini.
Pengerusi Pertubuhan Warga Cakna, Ahmad Zhafrin Danial Razali berkata, sebanyak 500 pek bubur lambuk disediakan untuk diagihkan kepada orang ramai.
Anak muda bergotong-royong menyiapkan bahan utama memasak bubur lambuk.
Anak muda bergotong-royong menyiapkan bahan utama memasak bubur lambuk.
“Gotong-royong merewang bermula seawal jam 10 pagi dan semua kerja-kerja dapat diselesaikan sebelum solat Asar. Kita sediakan dua kawah untuk dapatkan 500 pek dan program ini diadakan seminggu sekali.
"Kami sangat gembira dapat menyumbangkan bubur lambuk kepada masyarakat setempat sebagai satu bentuk khidmat sosial. Semoga sumbangan ini dapat menyemarakkan semangat Ramadan kalangan penduduk Jitra,” ujarnya.
Wakil pertubuhan (kiri) mengagihkan pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Jitra.
Wakil pertubuhan (kiri) mengagihkan pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Jitra.
Ahmad Zhafrin Danial berkata, antara keunikan yang masih dikekalkan kumpulan anak muda ini ialah memasak bubur lambuk secara tradisional menggunakan kayu api berbanding dapur gas yang banyak digunakan pada ketika ini.
“Masak menggunakan kayu api ada kelainannya, aroma masakan lebih sedap dan rata-rata penerima bubur lambuk ini gembira disantuni untuk berkongsi juadah berbuka.
“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi berkongsi rezeki untuk diagihkan bersama,” katanya.
https://www.sinarharian.com.my/article/658028/edisi/utara/anak-muda-kongsi-rezeki-masak-bubur-lambuk-guna-kayu-api
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#jendela ramadan
#bubur lambuk
#anak muda
#Pertubuhan Warga Cakna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan