awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Muda MADANI Kedah gerak usaha bantu kerja pembersihan pascabanjir

Bernama
Bernama
29/11/2025
14:45 MYT
Anak Muda MADANI Kedah gerak usaha bantu kerja pembersihan pascabanjir
Zuraidi berkata penglibatan NGO dan sukarelawan amat penting dalam meringankan beban mangsa banjir agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas diuji dengan musibah. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Persatuan Anak Muda MADANI Kedah akan menggerakkan pasukan sukarelawan bagi membantu kerja-kerja pembersihan kediaman mangsa sebaik keadaan banjir di negeri itu pulih sepenuhnya.

Ringkasan AI
  • Persatuan Anak Muda MADANI Kedah akan menggerakkan pasukan sukarelawan bagi membantu pembersihan kediaman mangsa banjir.
  • Pengerusi MADANI, Datuk Zuraidi Rahim, menegaskan kerjasama dengan NGO dan JKM untuk memastikan usaha bantuan berkesan.
  • MADANI turut menyediakan 5,000 bakul makanan untuk mangsa banjir di Kedah, sebahagian besar sudah diagihkan.

Pengerusinya Datuk Zuraidi Rahim berkata perkara itu akan diselaraskan bersama badan bukan kerajaan (NGO) lain serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan usaha dilakukan dengan lebih berkesan.
"Kita bersedia menghantar pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa yang berdepan beban lebih besar apabila perlu membersihkan kediaman masing-masing selepas pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS).
"Kita bukan sekadar menyediakan bakul makanan atau bantuan kewangan, malah memberi tumpuan kepada keperluan utama mangsa apabila pulang ke rumah nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau mengunjungi PPS Sekolah Kebangsaan Seri Perdana di sini, yang menempatkan 396 mangsa daripada 117 keluarga yang terjejas banjir dan mengagihkan bantuan bakul makanan.
Zuraidi berkata penglibatan NGO dan sukarelawan amat penting dalam meringankan beban mangsa banjir agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selepas diuji dengan musibah.
"Agensi kerajaan seperti JKM, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain juga telah bertugas tanpa henti bagi membantu mangsa banjir sejak beberapa hari lepas.
"Dengan sokongan NGO yang sentiasa aktif membantu masyarakat, kita mampu mempercepat dan memudahkan proses pemulihan selepas banjir," katanya.
Zuraidi berkata persatuan itu turut menyediakan 5,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kedah, dengan lebih 1,000 bakul sudah diedarkan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kewangan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#PDRM
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan