awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak nafi Isa Samad meninggal dunia

Bernama
Bernama
27/05/2021
23:14 MYT
Anak nafi Isa Samad meninggal dunia
Khabar angin mengenai kematian Mohd Isa itu pernah dilaporkan pada 2018 dan 2019. -Foto fail
SEREMBAN: Anak kepada bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menafikan khabar angin yang mengatakan bapanya telah meninggal dunia.
Mohamad Najib Mohd Isa yang juga Ketua Pemuda UMNO Port Dickson ketika dihubungi Bernama memaklumkan perkara itu dan menyatakan bapanya kini masih sihat.
"Saya difahamkan ada audio yang tersebar mengenai berita ayah (meninggal dunia), semua itu tidak betul, ayah saya sihat walafiat.
"Kita doakan untuk beliau dan kita semua dipanjangkan umur, murah rezeki, selamat daripada sebarang fitnah dan penganiayaan," katanya.
Mohd Isa, 72, pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun sejak 1982, selain turut menjadi Ketua UMNO Teluk Kemang sejak 1978 hingga 2017.
Pada Khamis tular satu audio berdurasi 47 saat di aplikasi WhatsApp, yang mendakwa bekas pemimpin UMNO itu meninggal dunia kira-kira jam 8 malam.
Sebelum ini, khabar angin mengenai kematian Mohd Isa itu pernah dilaporkan pada 2018 dan 2019, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan isterinya Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Isa Samad
#meninggal dunia
#khabar angin
#Mohamad Najib
#Felda
#Menteri Besar Negeri Sembilan
#Ketua Pemuda UMNO Port Dickson
#fitnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan