MALAYSIA
Anak pasangan maut di Sri Aman diberi sokongan psikososial - Nancy
Nancy (foto) berkata pihaknya akan turut meneliti bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk melalui dana tabung di bawah JKM. -Gambar fail
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan sokongan psikososial kepada tiga anak pasangan suami isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman, semalam.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya akan turut meneliti bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk melalui dana tabung di bawah JKM.
"Mereka masih bersekolah (dan) pegawai kita telah mengambil maklumat berkaitan mereka.
"Saya difahamkan mereka sekarang dijaga oleh keluarga terdekat, jadi saya harap mereka dapat mengikut peraturan dengan memohon melalui mahkamah sebagai orang yang layak dan sesuai untuk menjaga anak-anak ini," katanya.
Nancy berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kampung Buntal di sini, hari ini.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan seorang guru besar di Sri Aman dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman dengan kesan kecederaan serius pada bahagian tubuh.
Polis dimaklumkan penemuan pasangan berusia 45 dan 44 tahun itu oleh orang awam pada 6.55 pagi.
Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- JKM akan beri sokongan psikososial kepada tiga anak pasangan suami isteri yang ditemui mati di Sri Aman.
- Menteri Nancy Shukri akan pertimbangkan bantuan tambahan untuk anak-anak tersebut termasuk melalui dana tabung JKM.
- Pesuruhjaya Polis Sarawak mengesahkan kematian seorang guru besar dan isteri di Sri Aman, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata pihaknya akan turut meneliti bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk melalui dana tabung di bawah JKM.
"Mereka masih bersekolah (dan) pegawai kita telah mengambil maklumat berkaitan mereka.
"Saya difahamkan mereka sekarang dijaga oleh keluarga terdekat, jadi saya harap mereka dapat mengikut peraturan dengan memohon melalui mahkamah sebagai orang yang layak dan sesuai untuk menjaga anak-anak ini," katanya.
Nancy berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Kampung Buntal di sini, hari ini.
Semalam, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan seorang guru besar di Sri Aman dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman dengan kesan kecederaan serius pada bahagian tubuh.
Polis dimaklumkan penemuan pasangan berusia 45 dan 44 tahun itu oleh orang awam pada 6.55 pagi.
Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah tindakan yang akan diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap tiga anak pasangan suami isteri yang ditemui maut di Sri Aman?
A: JKM akan menyediakan sokongan psikososial kepada tiga anak tersebut. - Q: Apakah bantuan yang akan disiasat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan kes ini?
A: Menteri akan meneliti bantuan lain yang boleh disalurkan termasuk melalui dana tabung di bawah JKM. - Q: Siapakah yang kini menjaga tiga anak yang ditemui maut tersebut?
A: Tiga anak tersebut kini dijaga oleh keluarga terdekat mereka. - Q: Bagaimanakah proses yang perlu diikuti untuk mendapatkan kebenaran menjaga anak-anak tersebut?
A: Mereka perlu memohon melalui mahkamah sebagai orang yang layak dan sesuai untuk menjaga anak-anak tersebut. - Q: Apakah kesan kejadian kematian pasangan suami isteri tersebut kepada masyarakat setempat?
A: Kematian pasangan suami isteri tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat setempat.