Gemuruh bercampur gembira. Itu perasaan pertama dua pelajar miskin dari Baling, Kedah apabila dimaklumkan mereka terpilih melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah antarabangsa cawangan United Kingdom (UK) di negara ini.
Muhammad Afiq Amir Muhammad Fauzi, 13, dan Nur Thayiebah Hamdan, 13, tidak pernah menyangka dalam hidup mereka untuk berpeluang mencorak masa depan bersama-sama 370 lagi pelajar pelbagai bangsa yang datang dari seluruh pelusuk dunia di EPSOM College in Malaysia.
Menurut kedua-dua bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling, Kedah, kemasukan ke sekolah baharu yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan dilihat peluang paling keemasan untuk mengubah nasib keluarga yang selama ini bergantung rezeki kepada hasil torehan getah bapa mereka.
Walaupun sedikit malu dan kurang yakin tatkala menjejakkan kaki kali pertama di sekolah itu, Muhammad Afiq Amir dan Nur Thayiebah tetap menyematkan segunung harapan untuk mencapai cita-cita mereka dalam bidang perubatan.
Mendapat tajaan persekolahan sepenuhnya daripada Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), sebuah tabung anjuran Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), kedua-dua pelajar itu berjanji untuk menjadi anak luar bandar pertama berjaya dalam kalangan lebih 19 bangsa seluruh dunia di sekolah tersebut.
Memulakan sesi pembelajaran penggal pertama pada 1 Sept lepas, Muhammad Afiq Amir dan Nur Thayiebah, kedua-duanya pelajar Gred 8, dilihat begitu teruja untuk terus menerokai peluang itu walaupun masih cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran dan komuniti yang serba baharu.
"Pada mulanya saya agak takut, saya dari kampung dan penguasaan bahasa Inggeris saya masih tidak 'strong'... bila orang tanya tak yakin nak jawab, tapi mereka (pelajar dan guru) di sini sangat membantu.
"Walaupun terdiri dari pelbagai negara, mereka banyak bantu saya menguasai bahasa Inggeris dan saya akan terus belajar sehingga benar-benar fasih berkomunikasi... saya mahu jadi lebih baik dan menyumbang kepada negara," kata Nur Thayiebah ketika ditemui Bernama.
Bercita-cita menjadi doktor kanak-kanak, anak ketiga dari lima beradik itu tidak menganggap latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan sebagai kekurangan malah ia dijadikan satu semangat kepadanya untuk membuktikan anak luar bandar boleh bersaing dan berjaya.
Bagi Muhammad Afiq Amir pula, walaupun kaedah dan sesi pembelajaran di sekolah berkenaan berbeza dengan sekolah harian kerajaan, namun tekad untuk menjadi ahli farmasi dijadikan sandaran dalam menyesuaikan diri di situ.
"Mula-mula memang sedikit gugup nak bercampur gaul dengan pelajar di sini, tapi saya cuba sebab saya nak berjaya, mak dan ayah selalu doa... ini peluang saya dan saya tak mahu hampakan harapan mereka, saya nak bantu masyarakat juga," katanya.
Kedua-dua pelajar itu amat berterima kasih kepada TP1B dan PAUiTM atas peluang yang diberikan malah menganggap ia sebagai mimpi yang tidak pernah disangka boleh menjadi kenyataan.
EPSOM College in Malaysia, sebuah sekolah berasrama penuh dan harian itu merupakan cawangan EPSOM College UK yang berteraskan sukatan kurikulum pembelajaran British, International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) dan A Levels.
Menurut guru besar sekolah itu, Martin George, kedua-dua pelajar berkenaan akan dididik dengan sangat baik supaya dapat menyumbang kembali kepada keluarga, negara dan masyarakat secara keseluruhan.
Beliau berkata penekanan kepada disiplin, ketepatan masa, sikap saling menghormati antara kaum dan konsep ketahanan diri merupakan antara nilai yang diterapkan kepada seluruh pelajar di sekolah terbabit.
"Bukan sahaja pelajaran, mereka akan turut diajar membina kemahiran terutama dalam komunikasi bahasa Inggeris, malah mereka akan mendapat peluang untuk mencuba perkara baharu dan mata pelajaran baharu di sini. Kami mahu mereka gembira," katanya.
Sementara itu, Sekretariat TP1B, Afiza Abdul Aziz berkata penajaan kedua-dua pelajar itu adalah daripada 15 calon lain yang dipilih berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan beberapa ujian lain termasuk ujian kemasukan ke EPSOM College in Malaysia itu sendiri.
Katanya, penajaan kali pertama itu dibuat dengan menyasarkan pelajar miskin berpotensi tinggi untuk diberi peluang melanjutkan pelajaran di sekolah berkenaan dan sebagai inspirasi kepada lebih ramai anak-anak miskin luar bandar untuk berjaya.
Beliau berkata sehingga kini, TP1B yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April tahun lepas telah memberi manfaat kepada 49 pelajar termasuk pemberian dermasiswa.
TP1B diilhamkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh pada 2014, bagi mengutip RM1 bilion daripada para alumni UiTM bertujuan antaranya memberi biasiswa, bantuan kebajikan, penambahbaikan fakulti, menaja penyelidikan dan pembangunan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 12 2016
Nur Thayiebah Hamdan, 13, dan Muhammad Afiq Amir Muhammad Fauzi, 13, teruja apabila terpilih menerima tajaan dari Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) untuk meneruskan pembelajaran di EPSOM College in Malaysia. - Foto Bernama
Anda kelak boleh balas mesej suara WhatsApp dengan lebih pantas
Jika sebelum ini mesej suara memerlukan pengguna tatal ke sisi atau tekan dan pilih untuk balas, ciri baharu ini memaparkan ikon khas.
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Anak penoreh getah gembira ditaja TP1B ke sekolah elit
Dua pelajar miskin dari Baling, Kedah terpilih melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah antarabangsa cawangan United Kingdom (UK) di negara ini.