awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak penyu agar berkepala dua ditemukan

Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifli
01/09/2022
23:45 MYT
Anak penyu agar berkepala dua ditemukan
Ia adalah penemuan pertama di pusat konservasi itu bagi anak penyu berkepala dua yang masih hidup. - Astro AWANI
DUNGUN: Seekor anak penyu agar berkepala dua ditemukan di projek konservasi Lang Tengah Turtle Watch di Tanjong Jara Resort, Terengganu.
Pengurusnya Abidah Zaaba berkata, anak penyu itu dijumpai ketika proses pemeriksaan rutin pada Selasa lalu selepas telur di sarang berkenaan menetas.
Menurut Abidah, ia adalah penemuan pertama di pusat konservasi itu bagi anak penyu berkepala dua yang masih hidup.
"Bila tengok ada dua kepala, semua yang ada kat situ sangat teruja, excited.
"Kejadian ini, kami rasa memang very rare, jarang berlaku. Untuk saya sendiri ini adalah yang pertama di sini yang hidup," katanya.
Abidah berkata, pihaknya menyerahkan reptilia marin itu di bawah jagaan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Jabatan Perikanan di Rantau Abang untuk tindakan lanjut.
Selain penyu berkepala dua, pihaknya turut menemukan anak penyu kembar dalam sarang yang sama.
"Apabila kami buka, ada satu telur itu kami buka kami, menemui satu pasang anak penyu. Jadi maksudnya ini datangnya daripada genetik sama ada ibu atau bapanya.
"Dalam satu sarang ada juga penemuan anak penyu kembar tapi tapi yang itu sudah tak hidup, sudah mati," jelanya lagi.
Menurut Abidah, anak penyu kembar terbabit diawet dan dijadikan spesimen bagi tujuan pembelajaran dan pameran di pusat tersebut.
Beliau berkata sehingga Ogos, sebanyak 278 sarang melibatkan lebih 20,000 penyu dan tuntung laut diperamkan di Pusat Konservasi Penyu Lang Tengah Turtle Watch, Tanjung Jara Resort.
Topic Berkaitan
#terengganu
#penyu agar
#kepala dua
#Lang Tengah Turtle Watch
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan