Skip to main content

Malaysia

Anak rentung, ibu melecur dalam insiden kebakaran di Tebedu

Sumber: JBPM Sarawak
Seorang wanita rentung manakala ibunya melecur teruk selepas kediaman mereka di Kampung Tubih Batu Raung, Tebedu, Serian, musnah dijilat api dalam kejadian pada awal pagi Sabtu. - Gambar ihsan Bomba Sarawak
Advertisement

SERIAN: Seorang wanita rentung manakala ibunya melecur teruk selepas kediaman mereka di Kampung Tubih Batu Raung, Tebedu, di sini, musnah dijilat api dalam kejadian pada awal pagi Sabtu.
 
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohamad Fauzi Mohamet Kifli berkata, pihanya menerima panggilaan kecemasan sekitar jam 12.29 tengah malam dan segera mengatur gerak dua jentera dengan kekuatan 18 anggota ke lokasi dari Balai Serian dan Siburan.
 
"Tiba di lokasi 23 minit kemudian, pasukan segera melakukan kerja-kerja pemadaman membabitkan rumah setingkat jenis kekal berkeluasan yang telah terbakar 100 peratus.
 
"Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota menggunakan dua aliran sebelum dimaklumkan ada dua mangsa terlibat," jelas beliau.
 
Mangsa yang rentung, katanya, dikenal pasti sebagai Nurul Farhana Amerudin, 37, yang ditemui di kawasan tandas.
 
Sementara itu, ibu mangsa yang berusia 65 tahun pula didapati melecur tahap dua membabitkan bahagian muka, leher, belakang badan, tangan dan tapak kaki.
 
“ Mangsa telah dikejar ke Hospital Serian oleh orang awam untuk rawatan,” katanya.
 
Beliau turut memaklumkan, kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan bersama dengan pihak polis dan pegawai perubatan Hospital Serian.
 
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan, “ tambahnya lagi.
 
 

Must Watch Video

Advertisement