awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak saudara Syafiq Kyle terkejut majlis nikah dengan Mimi Lana batal

Gempak
Gempak
14/08/2023
10:43 MYT
Anak saudara Syafiq Kyle terkejut majlis nikah dengan Mimi Lana batal
Nabil Aqil berkata, keluarga mereka percaya Syafiq punyai alasan tersendiri mengenai hal itu. - Foto Gempak
PELAKON Nabil Aqil menghormati keputusan keluarga bapa saudaranya, Syafiq Kyle yang mengumumkan pembatalan majlis pernikahnnya dengan Mimi Lana pada Jumaat lalu.
Nabil Aqil berkata, keluarga mereka percaya Syafiq punyai alasan tersendiri mengenai hal itu.
"Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi group WhatsApp keluarga dan kami semua terkejut.
"Apa pun kami semua hormati keputusan dan faham mengenainya," katanya.
Nabil yang sedang menjalani penggambaran drama Hawt Fellas bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca majlis berkenaan dibatalkan.
"Keluarga kami memang tidak bertanya walaupun terkejut sebab tarikh sepatutnya iaitu 18 haribulan ini sudah dekat," katanya.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada lokasi penggambaran drama itu di DXN Cyberville di sini hari ini.
Ditanya mengenai Mimi, Nabil berkata wanita itu disifatkan seorang yang menyenangkan.
"Mimi seorang yang sangat cool dan chill. Tak nampak macam bakal makcik saya," katanya tertawa.
Notis pembatalan majlis itu yang dibuat oleh pengurusan Mimi hanya diketahui setelah ia tersebar di media sosial Jumaat lalu. -- Gempak
Topic Berkaitan
#batal majlis pernikahan
#Syafiq Kyle
#Mimi Lana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan