MALAYSIA
'Anak saya ditarik secara tiba-tiba, dicucuk dengan jarum suntikan' - Rafizi
Anak Rafizi didakwa diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anak kepada bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa diserang secara fizikal oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya pada Selasa.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan Rafizi di media sosial pada Rabu, kejadian berlaku sekitar jam 1.45 petang ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta untuk beredar dari lokasi tersebut dan anaknya ditarik secara tiba-tiba serta dicucuk dengan jarum suntikan.
"Hasil semakan awal mendapati, dua lelaki menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya sebelum insiden di mana kedua-duanya berpakaian serba hitam, bertopi keledar penuh yang menutup muka, dan dipercayai telah menunggu sebelum bertindak menyerang pada masa yang sesuai.
“Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofil awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini," katanya.
Beliau percaya bahawa serangan ini adalah satu amaran kepadanya untuk tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
Sejurus selepas polis tiba di lokasi kejadian, anak lelakinya di hantar ke Hospital Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor.
Rafizi turut memaklumkan, beliau dan keluarganya telah memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Beliau juga menegaskan bahawa tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa.
"Insya-Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa," ujarnya lagi.
Sementara itu, memetik laporan Bernama, polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang di pusat beli-belah berkenaan.
Ringkasan AI
- Anak kepada Datuk Seri Rafizi Ramli diserang secara fizikal dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh dua individu tidak dikenali di Putrajaya.
- Rafizi percaya insiden itu adalah amaran terhadap dirinya dan telah membuat laporan serta memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
- Anak mangsa dihantar ke Hospital UPM untuk rawatan, dan Rafizi menegaskan tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan.