KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Genting Malaysia Bhd (GenM) Resorts World Miami LLC telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan Smart Miami City LLC untuk pelupusan empat bidang tanah di Miami dengan sejumlah tunai AS$1.225 bilion atau RM5.43 bilion.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, GenM berkata tanah itu yang secara kolektif dikenali sebagai Miami Herald Land berkeluasan kira-kira 673,691 kaki persegi atau 6.26 hektar, terletak berhampiran dengan kawasan komersial, kediaman dan membeli-belah di Miami, Florida.
Katanya, cadangan pelupusan itu memberi peluang kepada GenM untuk memanfaatkan pertumbuhan pasaran dan merealisasikan nilai penting dalam aset bukan teras pada harga yang menarik serta meningkatkan kedudukan tunai syarikat.
"Ini memberikan GenM fleksibiliti kewangan untuk operasi dan pelaburan masa depannya," kata GenM.
Berdasarkan pertimbangan pelupusan, GenM dijangka memperoleh anggaran keuntungan daripada penjualan sebanyak AS$967 juta (bersamaan RM4.29 bilion).
"Hasil tunai yang akan dijana daripada cadangan pelupusan itu bertujuan digunakan untuk tujuan korporat dan pelaburan am, termasuk pembiayaan pelaburan masa depan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Berdasarkan pertimbangan pelupusan, GenM dijangka memperoleh anggaran keuntungan daripada penjualan sebanyak US$967 juta (bersamaan RM4.29 bilion). -Gambar fail/Twitter Resorts World Genting
Isu hak asasi manusia di Korea Utara dibangkitkan di PBB
Rusia dan China tidak berjaya menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bersidang mengenai keadaan hak asasi manusia di Korea Utara.
Pejuang Houthi kini sasar kapal Tutor
Pejuang Houthi Yaman menyasarkan 'kapal Tutor' di Laut Merah, yang telah dilanggar dan ia berdepan bahaya untuk karam.
Pentagon gesa Israel dan Lubnan kurangkan ketegangan
Tentera Amerika Syarikat menggesa pengurangan ketegangan yang meningkat antara Israel dan Lubnan.
Sebahagian besar penduduk Gaza hadapi bencana kebuluran
Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata sebahagian besar penduduk di Gaza menghadapi bencana kebuluran bencana dan kelaparan.
TH jadi pemudah cara warga Malaysia di luar negara kerjakan haji
Dua pasangan rakyat Malaysia bermastautin di luar negara, masing-masing di New Zealand dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), bersyukur Lembaga Tabung Haji menjadi pemudah cara bagi mereka untuk membolehkan mendapat tawaran menjadi tetamu Allah pada musim haji 1445H/2024M.
Penentuan nasib ibu bapa Zayn Rayyan hari ini
Hari ini, keputusan sama ada ibu bapa Zayn Rayyan akan dibebaskan atau dituduh berkaitan kes kematian anak mereka. Reman tamat, tiada lagi lanjutan boleh dibuat.
Sampel kanak-kanak maut sedang dianalisis - Kimia Malaysia
Bahagian Toksikologi Pusat Analisis Sains Forensik Jabatan Kimia Malaysia (Kimia Malaysia) sedang menganalisis sampel darah mangsa berusia dua tahun yang mati disyaki akibat keracunan makanan.
Bersatu sepatutnya pertandingkan jawatan presiden - Penganalisis
Katanya, Bersatu sepatutnya berani dan tidak terikut-ikut dengan tindakan parti-parti lain yang tidak mempertandingkan jawatan tertinggi.
Polis tidak keluarkan permit perhimpunan #KamiMahuAir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengeluarkan sebarang permit untuk mengadakan perhimpunan #KamiMahuAir yang dijadualkan berlangsung di hadapan Menara Kinabalu Jumaat ini.
33 pengunjung Kolam Air Panas Jasin disyaki dijangkiti wabak Leptospirosis
Sebanyak 33 orang termasuk pelajar dan guru sebuah sekolah di sini disyaki dijangkiti wabak Leptospirosis atau kencing tikus selepas mengunjungi Kolam Air Panas Jasin, minggu lepas.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Pengunjung Genting Highlands bakal dikenakan kutipan tol
Pemandu hanya dikenakan bayaran semasa ke Genting Highlands dan bukan ketika menuruni kawasan tanah tinggi tersebut.
Anak syarikat Genting Malaysia, Resorts World Miami lupus tanah bernilai AS$1.225 bilion
Berdasarkan pertimbangan pelupusan, GenM dijangka memperoleh anggaran keuntungan daripada penjualan sebanyak AS$967 juta (bersamaan RM4.29 bilion).
Kerugian bersih Genting Malaysia berkurangan kepada RM946.83 juta
Syarikat tersebut kekal optimis terhadap prospek jangka panjang terhadap industri rekreasi dan hospitaliti namun kekal berhati-hati.
COVID-19: Genting Malaysia dilapor laksana pemotongan gaji kali kedua
Unit di bawah konglomerat Genting Bhd itu dilapor meminta pekerjanya melakukan potongan gaji sementara di antara 15 dan 20 peratus.
Genting Malaysia capai penyelesaian pembangunan taman tema luar
Semua pihak telah menandatangani memorandum perjanjian dinyatakan semula yang memberikan syarikat itu lesen untuk menggunakan harta intelek tertentu Fox.
'Kami beli kapal Equanimity RM514.6 juta' - Genting Malaysia
Genting Malaysia Bhd mengesahkan pembelian kapal mewah Equanimity bersama bunker, bahan api, pelincir dan barangan sedia ada di atas kapal itu dengan pertimbangan harga US$126 juta (RM514.6 juta).
7 syarikat masih mempunyai semua ahli lembaga pengarah lelaki - SC
Sehingga 17 Jan tahun ini, terdapat hanya tujuh syarikat dengan kesemua ahli lembaga pengarahnya lelaki daripada 100 syarikat terkemuka.