awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak ugut bunuh ibu kerana tidak diberikan RM80

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/09/2020
06:26 MYT
Anak ugut bunuh ibu kerana tidak diberikan RM80
Lelaki berusia 24 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas ibunya yang berusia 53 tahun tidak memberikan wang itu menyebabkan dia mengacu sebilah pisau ke arah mangsa lalu mengugut untuk membunuhnya. - Gambar hiasan
Hanya kerana tidak mendapat wang RM80 yang diminta, seorang lelaki tergamak mengugut untuk membunuh ibu kandungnya sendiri.
Lelaki berusia 24 tahun itu dikatakan bertindak demikian selepas ibunya yang berusia 53 tahun tidak memberikan wang itu menyebabkan dia mengacu sebilah pisau ke arah mangsa lalu mengugut untuk membunuhnya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, kejadian berlaku di sebuah rumah di Taman Seri Mahkota, di sini.
Beliau berkata, suspek juga turut bertindak merosakkan pintu bilik utama, peti sejuk dan mesin basuh di rumah berkenaan.
Katanya, disebabkan takut, mangsa yang bekerja sebagai pembantu am itu kemudian melarikan diri ke rumah jirannya untuk meminta bantuan sebelum membuat laporan di Balai Polis Kulim.
Susulan laporan yang dibuat ibu suspek, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berjaya menahan lelaki itu pada jam 10.30 malam tadi di rumah suspek.
Azhar berkata, suspek yang tidak bekerja itu mempunyai 11 rekod jenayah dan dadah selain satu rekod dikehendaki polis.
Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis morfin.
Polis turut merampas satu plastik lutsinar mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat lebih kurang 0.60 gram.
Turut dirampas sebilah pisau berukuran panjang kira-kira 23 sentimeter untuk siasatan lanjut.
Azhar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.
Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 22 September untuk membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#anak ugut bunuh ibu
#ibu kandung
#Kedah
#Kulim
#pembantu am
#penggangur
#RM80
#sebilah pisau
#Taman Seri Mahkota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan