Dua ancaman bom dilaporkan di Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kelantan hari ini.

Sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat memaklumkan bahawa panggilan diterima pada jam 11.40 pagi dan 12 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Zaini Bidin memaklumkan bahawa sejurus menerima panggilan, pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian dan melakukan persediaan bagi menangani sebarang kemungkinan.

“Sampai di tempat kejadian, dimaklumkan pihak PDRM menerima panggilan ancaman bom di bangunan tersebut.

Sejurus menerima panggilan, pasukan bomba bergegas ke Kompleks Mahkamah Kota Bharu dan melakukan persediaan bagi menangani sebarang kemungkinan.
Tambahnya, pasukan dengan kekuatan sembilan anggota bersama jentera FRT dan EMRS tiba di lokasi kejadian pada 12.39 tengah hari.

“Pada jam 2.18 petang, pihak PDRM memaklumkan hasil pemeriksaan keseluruhan bangunan oleh Unit Pemusnah Bom mengesahkan bangunan itu selamat daripada ancaman bom.

Sementara itu, ancaman sama turut dilapor diterima di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 12 tengah hari tadi.

Pasukan bomba yang menerima laporan pada 12.30 tengah hari bergegas ke lokasi dan tiba 12 minit kemudian.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Ridzuan bin Baharuddin dari Balai Bomba Kota Bharu bersama PBK II Mahusin Hassan dari Balai Bomba dan Penyelamat Penyelamat Pengkalan Chepa dan dibantu 11 anggota.

Ancaman bom turut diterima di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 12 tengah hari tadi.

"Sampai di tempat kejadian, dimaklumkan pihak PDRM menerima panggilan ancaman bom di bangunan tersebut.

"Pada jam 3.30, pihak polis mengesahkan bangunan tersebut selamat daripada ancaman bom dan operasi tamat," menurut kenyataan JBPM.