[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
MALAYSIA

Ancaman bom: Hanya baju, tiada bahan letupan dalam beg di Bangsar

Astro Awani 03/08/2016 | 07:52 MYT
Menerusi pemeriksaan pihak polis, beg tersebut hanya mengandungi pakaian. - Sumber foto/Sumisha Naidu/Channel News Asia
Sebuah beg yang mencurigakan di persimpangan Jalan Terasek 8 dekat Bangsar di sini didapati tidak mengandungi sebarang bahan letupan.
Menerusi pemeriksaan pihak polis, beg tersebut hanya mengandungi pakaian.
Terdahulu, polis menerima panggilan daripada salah seorang penduduk di sekitar kawasan kejadian yang mencurigai kewujudan beg tersebut.
Polis turut menutup kawasan sekitar bagi meneliti kandungan beg tersebut susulan laporan yang dibuat.
Pihak media difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan terkini berhubung kejadian tersebut dalam masa terdekat.
#beg mencurigakan mengandungi bahan letupan #laporan palsu #polis