MALAYSIA
Ancaman bom palsu cetus suasana gempar di KLIA
KLIA. - Gambar fail
SEPANG: Suasana di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila seorang individu didakwa membuat ancaman bom palsu sehingga mencetuskan detik cemas kepada penumpang dan petugas di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
Insiden sekitar 5.32 petang itu memaksa pasukan Keselamatan Penerbangan mengaktifkan protokol kecemasan serta-merta, menutup kawasan terlibat dan mengawal pergerakan orang awam bagi memastikan keselamatan semua pihak.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan, suspek berjaya ditahan sejurus selepas pasukan keselamatan mengesahkan ancaman itu.
"Suspek seterusnya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
"Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya menstabilkan keadaan, sepanjang proses pemeriksaan, semua penumpang berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, pesawat kemudian dibenarkan berlepas pada jam 7.19 petang selepas kawasan berkenaan disahkan selamat.
"Pemeriksaan terperinci bersama Unit Pemusnah Bom PDRM turut mengesahkan bahawa tiada sebarang objek mencurigakan ditemui dan insiden itu disahkan sebagai ancaman palsu sepenuhnya.
"Pihak berkuasa mengisytiharkan situasi terkawal pada 8.58 malam, manakala operasi KLIA kembali berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan," katanya.
MAHB turut memberi peringatan keras bahawa membuat ancaman palsu, termasuk berkaitan bom, adalah kesalahan berat yang boleh membawa hukuman tegas di bawah undang-undang negara. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Individu membuat ancaman bom palsu di Terminal 1 KLIA, mencetuskan detik cemas di kalangan penumpang dan petugas.
- Protokol kecemasan diaktifkan, kawasan ditutup, penumpang dikawal, suspek ditahan, dan diserahkan kepada polis.
- Penumpang selamat, tiada bahan mencurigakan ditemui, situasi dikendalikan, pesawat berlepas selepas pemeriksaan, operasi KLIA kembali normal.