MALAYSIA
Ancaman digital: Undang-undang jenayah perlu seiring kemajuan siber - Azalina
Azalina berucap pada Konvensyen Mengenai Keadilan Jenayah Dan Pembaharuan Undang-Undang, Keadilan Jenayah Dalam Zaman Baharu di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengakui keperluan untuk memodenkan kerangka perundangan negara seiring perubahan global dan perkembangan teknologi yang semakin membentuk landskap masyarakat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, antara langkah utama yang diberi keutamaan ialah penggubalan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 sebagai respons terhadap peningkatan jenayah siber dan ancaman digital yang kian kompleks.
Menurut beliau, langkah itu termasuk mempertimbangkan peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan bagi mengkriminalkan penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI), seperti penghasilan imej intim sintetik, penyamaran digital serta aktiviti pengantunan automatik.
“Pembaharuan ini mewujudkan tanggungjawab bersama, bukan sahaja kepada pesalah, malah kepada penyedia platform yang gagal mengambil tindakan.
"Pendekatan ini menyelaraskan Malaysia dengan amalan terbaik global seperti di United Kingdom, Australia, Singapura dan Kesatuan Eropah, sambil kekal berteraskan nilai perlembagaan negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Keadilan Jenayah dan Reformasi Perundangan bertemakan Keadilan Jenayah di dalam Era Baharu, pada Rabu.
Azalina berkata, keyakinan pelabur turut bergantung kepada sejauh mana sistem perundangan negara mampu bergerak seiring dengan perubahan dunia.
“Sekiranya pelabur melihat undang-undang kita tidak setanding dengan perkembangan global, mereka akan bimbang terhadap sistem keadilan. Oleh itu, mahkamah perlu berubah, pelajar undang-undang jenayah di universiti juga mesti menyesuaikan diri, dan kerajaan perlu mengiktiraf bahawa undang-undang sedia ada harus berkembang mengikut peredaran masa,” jelasnya.
Sementara itu, Azalina berkata, kerajaan memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh keadilan dan perlindungan dalam sistem keadilan jenayah.
Ini kerana, sabitan salah dikenal pasti sebagai antara kegagalan paling serius yang boleh menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi keadilan.
“Perbincangan mengenai keadilan perbicaraan, khususnya berkaitan beban pembuktian selepas pihak pendakwaan menutup kes, mungkin bersifat teknikal, namun kesannya amat nyata. Kejelasan dan konsistensi dalam piawaian undang-undang penting untuk melindungi hak tertuduh, integriti pendakwaan dan keseragaman kehakiman,” katanya lagi.
Sejajar dengan usaha itu, kerajaan telah melaksanakan pembaharuan Fasa 1 ‘Quick Win’ melalui Jawatankuasa Reformasi Undang-Undang Jenayah, yang merangkumi pindaan terhadap undang-undang pengakuan, peruntukan jaminan dan reman, serta peraturan keterangan bagi mencegah ketidakadilan dan ketidakkonsistenan dalam pelaksanaan undang-undang.